Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar dan Hubungannya dengan Kepuasan Kerja Guru
List of Authors
  • Mohd Izham Hamzah, Nurul Asmuri

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kepimpinan instruksional guru besar adalah salah satu kepimpinan yang dapat menyumbang     kepada tahap kepuasan kerja guru. Kepimpinan instruksional guru besar dapat dilihat dari kemampuan serta kompetensi guru besar dalam pengurusan dan perubahan bagi meningkatkan produktiviti dan kejayaan sesebuah sekolah. Tujuan kajian ini adalah bagi melihat tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar dan hubungannya dengan tahap kepuasan kerja guru. Hasil kajian ini diharap dapat membantu Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor bagi menyediakan keperluan dan kemahiran       yang bersesuaian bagi meningkatkan kualiti guru besar. Reka bentuk kajian ini adalah   kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Manakala borang soal selidik diberikan kepada 201 orang guru dari 10 buah sekolah Rendah Agama Integrasi Negeri Selangor. Hasil kajian menunjukkan pekali kolerasi yang positif dan tinggi iaitu nilai Pearson Correlation (r) =.835    dan paras signifikan (p) =.000. Tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar adalah tinggi dengan nilai min 3.7 dan tahap kepuasan kerja dengan skor min 4.14. Dapatan ini diharap dapat dijadikan panduan kepada Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Selangor bagi merangka program yang bersesuaian dalam meningkatkan amalan kepimpinan instruksional guru besar dan kepuasan kerja guru. Kajian ini menunjukkan amalan kepimpinan instruksional guru besar releven untuk diaplikasi di sekolah dan amat penting bagi mengembangkan potensi guru serta berupaya meningkatkan tahap kepuasan kerja guru.


Reference
  • No Data Recorded