Kesan ekonomi pelancongan terhadap komuniti Batek di Kuala Tahan, Pahang
List of Authors
  • Nurul Fatanah Zahari , Zanisah Man

Keyword
  • Komuniti Batek, Ekonomi Pelancongan, Taman Negara Kuala Tahan, Penyertaan dan Keterlibatan Komuniti, Isu dan Cabaran

Abstract
  • Pelancongan dilihat memainkan peranan penting dalam penjanaan peluang pekerjaan dan pendapatan bagi komuniti Batek yang menetap di sekitar Taman Negara, Pahang. Tulisan ini bertujuan untuk mengupas isu dan cabaran yang dihadapi komuniti Batek kesan daripada perkembangan industri pelancongan di Kuala Tahan, Pahang. Dalam konteks ini, komuniti Batek tidak terkecuali turut menerima limpahan daripada perkembangan industri ini. Penglibatan komuniti Batek dalam ekonomi pelancongan di Taman Negara, Pahang boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu sebagai pekerja (pemandu pelancong dan pemandu bot) dan juga sebagai subjek tarikan pelancong itu sendiri (ikon budaya). Golongan wanita terutamanya di Kg. Gua Telinga dan Kg. Dedari juga turut melibatkan diri dalam ekonomi ini sebagai penghasil kraftangan dengan kaum lelaki membantu memasarkan hasil produk tersebut. Walaupun begitu, penglibatan komuniti Batek dalam industri pelancongan ini sama ada sebagai pemandu pelancong dan/atau pemandu bot amat bergantung kepada hubungan baik mereka dengan masyarakat luar, selain mempunyai kemahiran berkomunikasi ketika berhadapan dengan pelancong asing. Pelancongan juga telah meninggalkan beberapa impak tertentu ke atas komuniti Batek. Antaranya termasuklah mengganggu hak privacy individu dan komuniti Batek, hak komuniti dalam mempertahankan keaslian budaya, membataskan kebebasan bergerak mencari sumber kehidupan daripada situasi sebelumnya, meningkatnya ancaman kesihatan dan jangkitan penyakit dari luar, bertambahnya tuntutan kepada penghasilan produk lebih berkualiti untuk tujuan pasaran, dan akhir sekali meningkatnya persaingan dan eksploitasi punca pencarian dengan pihak luar.

Reference
  • Baer, A., Gianno, R., Howell, S, Nowak, B.S. & van der Sluys, C. 2006. Orang Asli women of Malaysia: perceptions, Situations and Aspirations. Subang Jaya: Center for Orang Asli Concerns.
    Bauer, I. 2008. The health impact of tourism on local and indigenous populations in resource poor countries, Travel Medicine and Infectious Disease 6:276-291.
    Carey, Iskandar. 1976. Orang Asli: the Aboriginal tribes of Penisular Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
    Dentan, R. K, Endicott, K., Gomes, A. A. & Hooker, M. B. 2008. Malaysian and the Aboriginal People: a case study of the impact of development on Indigenous Peoples. Allyn and Bacon.
    Endicott, K. 2006. Under her wing: portrait of a Batek leader. Dlm. Baer, A., Gianno, R., Howell, S, Nowak, B.S. & van der Sluys, C. Orang Asli women of Malaysia: perceptions, Situations and Aspirations. Subang Jaya: Center for Orang Asli Concerns.
    JHEOA. 2003. Data maklumat asas Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia. Kuala Lumpur: Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia.
    Lye, T. P. 2005. Changing Pathways: forest degradation and the Batek of Pahang, Malaysia. Petaling Jaya: Strategic Information Research Development.
    Malaysia. 2006. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Putrajaya: Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
    Nicholas, C. 2000. The Orang Asli and the Contest for Resources: Indigenous Politics, development and Identity in Peninsular Malaysia. Subang Jaya: Center for Orang Asli Concern.
    Ong, P. L. 2008. Packaging myths for tourism: the Rungus of Kudat. Bangi: Penerbit UKM.
    Siti Masturah Ismail. 2001. The politics of Indigenous knowledge and intellectual property rights: Batek Challenges to Western epistemologies. Tesis Sarjana Middlebury College, Vermont, United States.
    Wellings, P. 2007. Joint management: Aboriginal involvement in tourism in the kakadu World Heritage Area. Dlm. Bushell, R & Eagles, P. F. J. Tourism and protected areas: benefits beyond boundaries. CAB International.
    Zeppel, H. D. 2006. Indigenous ecotourism: Sustainable development and management. CAB International.