Kelestarian alam sekitar merupakan isu penting dan kritikal untuk dikaji pada masa ini. salah satu yang dapat dilakukan ialah dengan menggunakan produk hijau. Di Indonesia produk hijau belum banyak dipasarkan. Faktor utama disebabkan oleh pengeluar yang kurang menyedari kesan positif produk hijau, dan kekurangan permintaan pengguna. Faktor kedua ialah tahap kesedaran pengguna di Indonesia tidak banyak mengambil kira aspek mesra alam sekitar keatas produk yang digunakan. Ianya menyebabkan pengeluaran produk hijau tidak banyak dihasilkan oleh pengeluar. Oleh itu, kepentingan kajian ini dibuat dengan tujuan menyelidiki tentang penggunaan hijau di Indonesia. Kajian ini bersifat explanatory reseach dengan kaedah kuantitatif. Teknik persampelan ialah purposive. Sampel kajian adalah pengguna komuniti hijau. Keputusan kajian mendapati bahawa antara nilai penggunaan hijau dengan tingkah laku penggunaan hijau terdapat hubungan. Ianya bermakna mbahawa nilai penggunaan hijau dapat meningkatkan dan membentuk tingkah laku penggunaan hijau di kalangan pengguna komuniti hijau Indonesia. Dengan pembentukan nilai dan tingkah laku penggunaan hijau, diharapkan pengguna akan lebih mengambil berat tentang isu-isu alam sekitar, dan tingkah laku hidup sihat.