Masalah sedimentasi dan penyelesaiannya melalui kaedah pengurusan persekitaran: satu kajian kes di Sungai Chini, Pahang
List of Authors
  • Gasim, Muhammad Barzani , Mohd Ekhwan Toriman , Mohd Khairul Amri Kamarudin , Mushrifah Idris , Nor Rohaizah Jamil

Keyword
  • Sedimentasi, Pengurusan persekitaran, Pemodelan sedimen, XPSWMM, Sungai Chini

Abstract
  • Sungai Chini merupakan satu-satunya sungai yang mengalir keluar daripada Tasik Chini ke Sungai Pahang. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, Sungai Chini mengalami kemerosotan kualiti air akibat proses sedimentasi dan ketidakseimbangan pembangunan di sekitar lembangannya. Kajian dijalankan bertujuan menganggarkan penghasilan muatan sedimen tahunan (tan / km² / tahun), membina model hidraulik berdasarkan kapasiti sungai dan cadangan kepada kaedah pengurusan sedimen. Persampelan kajian telah dijalankan pada Julai 2008 sehingga Jun 2009 melibatkan tiga musim berbeza iaitu musim normal, hujan dan selepas hujan. Sebanyak tiga stesen persampelan telah dipilih. Keputusan kajian menunjukkan anggaran purata tahunan sedimen yang diangkut keluar dari Sungai Chini ialah 787.621 tan / km² / tahun. Hasil analisis statistik korelasi bagi hubungan antara muatan sedimen dan luahan kajian pula adalah sangat signifikan, iaitu R2 = 0.980. Hubungan luas kawasan tadahan dan muatan sedimen bagi kajian sungai terpilih juga menunjukkan hubungan yang signifikan, iaitu R2 = 0.824 membuktikan kaitan kuat diantara penghasilan sedimen dengan perubahan guna tanah yang berlaku di sekitar lembangan ini. Hasil kajian mendapati sedimentasi yang tinggi berpunca daripada aktiviti guna tanah, kewujudan baraj di hilir Sungai Chini yang memerangkap sedimen, aliran songsang dari Sungai Pahang masuk ke Sungai Chini dan faktor hakisan tebing. Kajian ini mencadangkan langkah kawalan sedimen seperti mewujudkan rizab pemuliharaan bagi sebahagian lembangan tasik, mengubahsuai sistem baraj, mengaplikasikan sistem “Monkey Cheek” yang bertujuan mengalir serta membersihkan sedimen terampai yang tinggi dan cadangan kawalan hakisan tebing sungai.

Reference
  • Abdullah. R, N.A. Zakaria, A. Ab. Ghani, L.M. Sidek, A. Ainan & L.P. Wong. 2004BIOECODS Modelling Using SWMM. The 6th Int. Conf. on Hydroscience and Engineering (ICHE-2004), May 30-June 3, Brisbane, Australia. http://www.xpsoftware.com.au/news/casestudies/BIOECOD%20modelling%20using%20
    xpswmm.pdf (17 November 2008).
    Gan Pek Chuan & Abdul Aziz Bidin. 2005. Kepelbagaian Tumbuhan dan Pengurusan Tanah Bencah. Dlm Mushrifah Idris, Khatijah Hussin & Abdul Latiff Mohamad (pnyt.). Sumber Asli Tasik Chini, hlm. 102-125. Sumber Asli Tasik Chini. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. ISBN 967-942-743-9.
    Jabatan Meteorologi Malaysia.2008. Rekod Cuaca bagi Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur.
    Malmer, A. & Grip, H. (1990). Soil disturbance and loss of infiltrability caused by mechanized and manual extraction of tropical rainforest in Sabah, Malaysia, Forest Ecology and Management, 38: 1-12.
    Mohd Ekhwan Toriman, Mushrifah Idris, Nor Rohaizah Jamil, Muhammad Barzani Gasim, Pua Hock Wei, Nor Azlina Abd Aziz & Mohd Khairul Amri Kamarudin. 2009. Temporal Variation in the Sediment Yield the Tasik Chini Feeder Rivers and the Influences of Human Activities. Dlm Jumaat H. Adam, Muhammad Barzani Gasim & Zaini Sakawi. (Pnyt). Bio-Kejuruteraan & Kelestarian Ekosistem. Penerbit UKM, hlm 221-235. ISBN: 978-983-44502-1-2.
    Mohd Ekhwan Toriman. 2007. Geografi Alam Sekitar Fizikal 1. Penerbit Oxford Fajar Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. hlm 53.
    Mohd Ekhwan Toriman, Mazlin Mokhtar, Othman Karin, M. Barzani & Raihan Taha. 2006. Short-Term Sediment Yield From Small Catchment of Sungai Anak Bangi, Selangor. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Mohd Ekhwan Toriman & Shukor Md. Nor. 2006. An analysis of rain interception on the selected experimental plot of Pangkor Hill Reserved Forest. Journal Wildlife and National Park. hlm 169-178.
    Mohd Khairul Amri Kamarudin, Mohd Ekhwan Toriman, Sharifah Mastura S.A., Mushrifah Hj. Idris, Nor Rohaizah Jamil and Muhammad Barzani Gasim. 2009. Temporal Variability On Lowland River Sediment Properties And Yield. American Journal of Environmental Sciences 5(5): 657-663, 2009. ISSN: 1553-345X.
    Muhammad Barzani Gasim, Mohd. Ekhwan Toriman, Sahibin Abd Rahim, Mir Sujaul Islam, Tan Choon Chek & Hafizan Juahir. 2006. Hydrology and Water Quality and Land-use Assessment of Tasik Chini’s Feeder Rivers, Pahang Malaysia. Geografia Vol. 3 Issue 3 (1-16). ISSN 0126-7000.
    Mushrifah Idris & Ahmad Abas Kutty. 2005. Tren of Physico-chemical Water Quality. Dlm. Mushrifah Idris, Khatijah Hussin & Abdul Latiff Mohamad (pnyt.). Sumber Asli Tasik Chini, hlm. 20-29. Sumber Asli Tasik Chini. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. ISBN 967-942-743-9.
    Noorazuan Md Hashim, Jalaluddin M. Saad, Noor Farizam Othman, Wong Ka Mei & Hani Ab Rani. 2001. Kajian Angkutan Sedimen Dan Beban Dasar Sungai Di Lembangan Sungai Hijau Bukit Fraser. Dlm A. Latif, Zuriati Zakaria, Zaidi M. Isa, Kamarudin Mat Salleh, Noorazuan Md Hashim dan Laily Din. (Pnyt). Bukit Fraser: Persekitaran Fizikal, Biologi dan sosio-ekonomi. Penerbit UKM. Malaysia, hlm 11-21. ISBN 983-2446-22-8.
    Sahibin Abd. Rahim, Tukimat Lihan, Muhammad Barzani Gasim, Mohd Nizam Mohd Said, Wan Mohd. Razi Idris, Azman Hashim, Sharilnizam Mohd Yusof & Munirah Abd Aziz. Dlm. Mushrifah Idris, Mohammad Shuhaimi Othman, Sahibin Abd Rahim, Khatijah Hj Hussin & Nur Amelia Abas. 2009. Sumber Asli Tasik Chini, Ekspedisi Saintifik. Fakulti Sains dan Teknologi. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. hlm 121-138. ISBN 978-983-44502-1-2.
    Strahler, A.N. 1978. Terj. Geografi Fizikal. New York: John Wiley & Sons Inc.
    Sulong Mohamad. & Mohd Ekhwan Toriman 2006. Implikasi struktur kunci air ke atas aktiviti pelancongan dan penduduk di sekitar Sungai Chini dan Tasik Chini, Pahang. Journal E-Bangi. 1 (1): 1-13. ISSN 1823-884X.
    Wan Ruslan Ismail. 1994. Pengantar hidrologi. Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.ISBN 983-62-4434-4.
    Wan Ruslan & Zullyadini A. Rahman. 1994. The Impact of Quarrying Activity on Suspended Sediment Concentration and Sediment Load of Sungai Relau Pulau Pinang, Malaysia. Malaysia Journal of Tropical Geography. 25(1): hlm 45-57.
    Web to Monkey Cheek, http://www.chaipat.or.th/chaipat_old/n_stage/ activities_e/enter_eng_activities1. html 22. (Januari 2009).