Tekanan Kerja dengan Kepuasan Kerja dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah
List of Authors
  • Hilda Izzati Helmi

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini berkaitan tekanan kerja dan kepuasan kerja dengan menilai faktor-faktor tekanan kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah. Kajian yang dijalankan adalah kajian tinjauan yang melibatkan seramai 115 orang responden yang terdiri daripada kalangan guru sekolah rendah. Data dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan maklumat mengenai guru terhadap faktor yang dikenal pasti sebagai penyebab tekanan kerja serta faktor yang berkaitan dengan kepuasan kerja. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) iaitu analisis deskriptif dalam bentuk kekerapan, peratus dan min untuk item-item yang berkaitan dengan tahap tekanan kerja dan kepuasan kerja. Secara keseluruhannya, tekanan kerja guru mencatatkan guru lebih mementingkan ilmu yang diberikan dan menganggap ini adalah tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa. Tahap kepuasan guru juga berada di tahap yang tinggi pada dimensi rakan sekerja dan dimensi pengetua. Tekanan kerja yang minimum dalam kalangan guru dengan persekitaran yang baik dan selesa boleh meningkatkan kepuasan kerja dalam kalangan guru.


Reference
  • No Data Recorded