Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah mempengaruhi kaedah penyampaian para pendidik melalui pengaplikasian pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian. Fenomena ini menuntut seluruh warga pendidik agar mengemaskini tahap pengetahuan pedagogi ilmu kandungan berasaskan teknologi digital bagi mendepani cabaran pendidikan abad ke 21. Kajian ini bertujuan mengenalpasti amalan pedagogi abad ke-21 (PAK21) dalam proses (PdP) Pendidikan Seni Visual secara dalam talian. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes melibatkan 11 orang peserta yang terdiri daripada Guru Pakar, Ikon Guru Digital dan Pempengaruh dipilih secara persampelan bertujuan sebagai informan. Data dikumpul melalui kaedah temu bual dan analisis dokumen. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Nvivo 10. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga aspek amalan PdP yang dikenalpasti iaitu Persediaan dan Perancangan Pengajaran PdP, Strategi Pembelajaran serta Penilaian. Implikasi kajian ialah PdP secara dalam talian menyumbang kepada peningkatan pelaksanaan PAK21. Justeru, latihan dalam perkhidmatan (PLC) perlu dilaksanakan kepada guru-guru PSV di sekolah bagi menguasai pengetahuan berkaitan teknologi bagi mempelbagai corak pedagogi dalam menyampaikan kandungan pelajaran PSV.
The development of information and communication technology (ICT) has influenced the delivery methods of educators through the application of online teaching and learning. This phenomenon requires all educators to update the level of pedagogical knowledge of content science based on digital technology to face the challenges of 21st-century education. This study aims to identify 21st-century pedagogical practices (PAK21) in the teaching and learning process (PdP) of Visual Arts Education online. This study uses a case study design involving 11 participants consisting of Expert Teachers, Digital Teacher Icons, and Influencers selected by sampling to be informants. Data was collected through interviews and document analysis. Data were analyzed using Nvivo 10 software. The findings of the study show that three aspects of PdP practice are identified, namely PdP Teaching Preparation and Planning, Learning Strategies, and Evaluation. The study implies that online PdP contributes to increased implementation of PAK21. Therefore, in-service training (PLC) needs to be implemented for PSV teachers in schools to master technology-related knowledge to diversify pedagogical patterns in delivering PSV lesson content.