Kepentingan pertumbuhan premis kitar semula dalam pengurusan sisa di Malaysia
List of Authors
  • Katiman Rostam , Zaini Sakawi

Keyword
  • Wilayah Bandar Metropolitan, premis kitar semula, pengurusan sisa buangan, tapak pelupusan

Abstract
  • Pembangunan pesat Wilayah Bandar Metropolitan Lembah Klang Langat ke atas bandar pinggirannya banyak memberi perubahan ke atas pertumbuhan petempatan, sosio-ekonomi, pengangkutan dan perhubungan, serta kualiti alam sekitar fizikal. Perubahan yang berlaku ini bukan sahaja memberi impak ke atas pertumbuhan penduduk, penggunaan ruang, masalah sosial, perpindahan jabatan kerajaan, institusi, dan peningkatan taraf ekonomi, tetapi impak ke atas alam sekitar. Dalam erti lain, limpahan pembangunan ini memberi impak positif dan negatif ke atas perubahan aspek fizikal, sosial dan ekonomi kawasan sekitarnya. Artikel ini akan membincangkan perubahan impak pembangunan Wilayah Bandar Metropolitan ini ke atas perubahan alam sekitar, khususnya peningkatan pertumbuhan premis kitar semula di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL). Perubahan yang berlaku ini akan dilihat dari segi jumlah premis yang menjalankan kitar semula, jenis bahan yang dibeli untuk dikitar semula dan penglibatan pihak premis dalam menjalankan operasi kitar semula. Kajian ini telah dilakukan di sepanjang bulan Oktober-Disember 2007. Analisis kajian berdasarkan jumlah premis kitar semula yang berdaftar di bawah majlis daerah. Senarai semak telah digunakan untuk mengenalpasti jenis bahan yang dikumpul dan kilang tempat aktiviti kitar semula dilakukan. Dapatan kajian mendapati pertumbuhan premis kitar semula berperanan sebagai fenomena langsung yang membantu mengurangkan kuantiti sisa buangan pepejal ke tapak pelupusan dan penjana ekonomi kepada penduduk sekitar dan premis kitar semula.

Reference
  • Evison, T. and Read, A.D. 2001. Local authority recycling and waste awareness publicity/promotion. Resources, Conservation and Recycling 32: 275-291.
    Katiman Rostam, Er Ah Choy, Zaini Sakawi, Abdul Rahim Md Nor, Aishah@Esah Mohamed. (2010). Pembandaran di pinggir wilayah metropolitan lanjutan Malaysia: Beberapa implikasi terhadap kejiranan dari Lembah Klang-Langat. Malaysian Journal of Society and Space 6 issues 2, 37-50.
    Kreith, F. 1994. Handbook of solid waste management. New York: McGraw-Hill, Inc.
    Mohd. Azlan Jaafar. 2003. Sektor awam diarah amal kitar semula. Berita Harian. 10 November 2003.
    Md Wahid Murad dan Chamhuri Siwar. 2007. Waste management and recycling practices of the urban poor: a case study in Kuala Lumpur city, Malaysia. Waste Manage Res 25: 3-13.
    Robinson, G.M. and Read, A.D. 2005. Recycling behabiour in a London Borough: Results from larga-scale household surveys. Resources, Conservation and Recycling 45: 70-83.
    Tchobanoglous, G., Theisen, H dan Vigil, S. A. 1993. Integrated solid waste management. New York: McGraw-Hill, Inc.
    USEPA. 2005. Characterization of municipal solid waste in the United States. United States of America: U.S Environmental Protection Agency. Municipal and Industrial Solid Waste Division.
    Wan Rahimah Draman. 2007. Bahan terbuang menjana rezeki lumayan. Utusan Malaysia. 3 Julai 2007.
    Williams, P.T. 1998. Waste treatment and disposal. New York: John Wiley and Sons.
    Wilson, David. C. 1981. Waste management: Planning, evaluation, technologies. Oxford: Oxford University Press.
    Zaini Sakawi. 2007a. Impak limpahan pembangunan Pinggiran Wilayah Bandar Metropolitan Lembah Klang-Langat ke atas masalah sisa buangan pepejal di Nilai. Seminar Kebudayaan INDONESIA-MALAYSIA ke-10 (SKIM-X). Universiti Kebangsaan Malaysia: 29-31 Mei 2007.
    Zaini Sakawi. 2007b. Sampah! Penjana Ekonomi vs Pencemar Alam Sekitar. Seminar Kebangsaan Geografi 2007. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 10-11 September 2007.