Tinjauan Keberkesanan Pembelajaran Secara dalam Talian Ketika Pandemik Covid-19: Perspektif Pelajar Sains Kejuruteraan Politeknik Ibrahim Sultan
List of Authors
  • Munirah Salleh

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pandemik COVID-19 telah mengganggu sistem penyampaian pengajaran di pelbagai institusi, terutamanya dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional (TVET). Pembelajaran dalam talian menjadi kaedah utama untuk melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran semasa pandemik merebak. Setelah tujuh minggu pelajar di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang, Johor terlibat dengan kelas dalam talian, tinjauan dilakukan untuk mengenalpasti kesediaan pelajar menghadapi kelas secara dalam talian. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar tentang kebaikan dan kekurangan pembelajaran dalam talian khusus kepada pelajar yang mengikuti program Kejuruteraan. Kajian tinjauan yang berbentuk kuantitatif ini dilakukan dengan menyebarkan borang soal selidik secara dalam talian kepada pelajar Semester Satu program Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Diploma Kejuruteraan Elektrik yang mengikuti kursus Sains Kejuruteraan di PIS. Data yang dikumpulkan dari edaran soal selidik dianalisis dengan perisian statistik SPSS 20. Hasil daripada edaran soal selidik seramai 381 responden yang terdiri dalam kalangan pelajar sasaran menjawab soal selidik. Menurut jawapan responden yang terdiri daripada 75.6% (n=288) pelajar lelaki dan 24.4% (n=93) pelajar perempuan, kesediaan talian internet di rumah adalah 74.3% (n=283) dan 25.7% (n=98) tiada talian internet di rumah. 81.6% (n=311) daripada responden mempunyai komputer sendiri untuk mengikuti kelas secara dalam talian dan 18.3% (n=70) tidak mempunyai komputer sendiri untuk mengikuti pembelajaran dalam talian. Seramai 63.3% (n=241) responden mempunyai kemahiran dalam teknologi maklumat. Keseluruhannya pelajar bersedia untuk mengikuti pembelajaran dalam talian dengan adanya perkhidmatan talian internet dan peralatan yang mencukupi. Namun demikian hasil dapatan mendapati pembelajaran dalam talian adalah kurang berkesan dan tidak bermotivasi berbanding dengan pembelajaran secara bersemuka dalam kalangan responden.


Reference
  • No Data Recorded