Novel popular dan kecenderungan khalayak remaja
List of Authors
  • Mawar Safei , Rosnah Baharudin

Keyword
  • Novel popular, Remaja dan Novel, Damya Hana, Aisya Sofea, Nia Azalea, Anis Ayuni

Abstract
  • Kertas ini berdasarkan penyelidikan FRGS berkod UKM-PP-04-FRGS0004-2006 iaitu “Citra Dakwah dalam Novel Melayu Popular: Kajian Pandangan dan Kecenderungan Pembaca Remaja”. Penelitian ini lebih melihat apakah yang ditawarkan novel popular sehingga ia diterima oleh sebilangan besar pembaca remaja. Lima novel yang dirumuskan sebagai yang “paling popular” adalah Bicara Hati (Damya Hana), Kau Untukku (Aisya Sofea), Jendela Hati (Aisya Sofea), Kau yang Satu (Nia Azalea) dan Manisnya Cinta (Anis Ayuni). Dapatan kajian adalah dua bentuk yang mempengaruhi kuasa beli dan milik novel popular iaitu (i) ciri luaran yang terdiri daripada penerbit, promosi, pengarang dan pakej pada novel; (ii) ciri dalaman yang terdiri daripada tema/persoalan, watak/perwatakan dan teknik penulisan (dimensi bahasa dan latar). Ciri luaran 4P sangat mempengaruhi kedudukan genre ini. Sementara ciri dalaman berikut bertindak sebagai pemangkin iaitu tema percintaan muda mudi, konflik perkahwinan dan kekeluargaan; watak fizikal yang menarik, berpendidikan tinggi, gaya hidup bandar, gengsi dan elit; plot yang senang difahami dengan unsur kebetulan; penggunaan bahasa kolokial yang terapung-apung antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Ciri-ciri ini sangat sesuai dengan tuntutan peribadi remaja yang berpegang kepada slogan simplicity and pleasure.

Reference
  • Berstein, Douglas and Edward J. Roy, 1988. Psychology. Dallas: Houghton Mifflin Co.
    Kamariah Kamarudin. 2005. Antara Novel Popular, Sastera Popular dan Penulis Popular dalam Idealisme dan Intelektualiti dalam Karya, Mohamad Saleeh Rahamad, SM Zakir, Shamsuddin Othman dan Mohd Hanafi Ibrahim (peny.). Kuala Lumpur: PENA.
    Hashim Awang. 1989. Novel Hikayat : Struktur Penceritaan Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
    Misran Rokimin. 2006. Tujuh Ramuan Diadun dalam Novel Popular Mencintaimu karya Nass Alina Noah. Kertas kerja Bengkel Kajian Novel Popular di Malaysia pada 14-15 Disember.
    Mohammad Saleeh Rahamad. 2006. Bagaikan Puteri: Sebuah Hikayat Moden. Kertas Kerja Bengkel Kajian Novel Popular di Malaysia pada 14-15 Disember.
    Neugarten, Bernice. 1968. Adult Personality: Toward A Psychology of The Life Cycle in Middle Age and Aging. Chicago: University of Chicago Press.
    Rahaiza Ismail, Hamidah Zabidi, Mohd Yusman Awang dan Muhd Zuki Pileh. 2003. “Sastera Melayu Hampir Mati” dalam Massa, Januari.
    Rosnah Baharudin. 2006. Tunjukkan aku Satu Bintang: Nilai Kekeluargaan yang Kabur. Kertas Kerja. Bengkel Kajian Novel Popular di Malaysia pada 14-15 Disember.
    Samsiah Mohd Nor. 2008. Mesej Dakwah dalam Novel Popular. Kertas Cadangan Ijazah Kedoktoran, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu.
    Talib Samat, 2006. Strategi dan Teknik Naratif dalam Novel Jendela Hati Karya Aisya Sofea. Bengkel Kajian Novel Popular di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, 14-15 Disember.