Permainan Flash Card Ion Dalam Meningkatkan Kefahaman Asas Murid Tingkatan 5 Dalam Topik Formula Kimia
List of Authors
  • Noorsyahirah Mohd Noor

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman murid tingkatan 5 yang mengambil matapelajaran Kimia dalam topik formula kimia dan warna garam. Seramai 30 orang murid tingkatan 5 digunakan sebagai peserta kajian di mana mereka terdiri daripada 15 murid daripada kelas 5 Harapan dan 15 murid kelas 5 Ikhlas. Peserta kajian dipilih berdasarkan keputusan pentaksiran 1 yang telah dijalankan pada bulan Mei 2022 yang memperoleh markah 45 dan ke bawah. Tinjauan awal telah dilaksanakan oleh pengkaji dan hasil tinjuan mendapati murid-murid ini menghadapi kesukaran dalam menjawab soalan asas seperti menulis formula kimia dengan tepat, menulis persamaan kimia seimbang serta mengingat warna-warna garam. Pengkaji telah menggunapakai model kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart. Perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah   untuk meningkatkan kefahaman asas dan daya ingatan mereka serta minat murid, iaitu pengenalan kepada satu pembelajaran berasaskan permainan yang dinamakan Flash Card Ion. Dalam kajian ini, murid-murid telah didedahkan kepada permainan Flash Card Ion selama 60 minit bagi setiap sesi selama tiga minggu. Sebelum permainan Flash Card Ion diperkenalkan, pengkaji telah menggunakan kaedah konvensional untuk menguji tahap kefahaman murid tersebut. Keputusan ujian selepas tindakan telah menunjukkan peningkatan prestasi murid yang agak ketara. Dapatan soal selidik pula menunjukkan pelajar lebih berminat dan seronok belajar dengan menggunakan Flash Card Ion.


Reference
  • No Data Recorded