Penggunaan strategi pembelajaran bahasa dalam kalangan pelajar tingkatan dua
List of Authors
  • Krish, Pramela , Nambiar, Radha , Noraini Ibrahim

Keyword
  • Kemahiran Literasi, Strategi Pembelajaran, Kemahiran Membaca

Abstract
  • Penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah semakin merosot kebelakangan ini. Menurut Chapman (2006), seramai 20,000 pelajar Tahun Enam telah dikenal pasti mempunyai kemahiran literasi yang lemah. Kelemahan membaca dan menulis merupakan punca utama pencapaian yang sangat rendah. Keadaan ini menjadi pemangkin kajian untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini. Makalah ini adalah sebahagian daripada kajian kelompok payung yang menumpu perhatian kepada penggunaan strategi pembelajaran dalam kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Dua di negeri Johor Darul Takzim. Seramai 315 orang pelajar dari tiga buah sekolah menengah kebangsaan di kawasan bandar dan luar bandar telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Soal-selidik berkaitan dengan penggunaan strategi pembelajaran menjadi instrumen utama kajain ini dan perisian SPSS Versi 14 telah digunakan untuk menganalisis data. Temu duga secara tidak formal bersama pelajar dan guru dijalankan untuk mengukuhkan dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan strategi dalam kalangan pelajar tidak memberangsangkan dan strategi yang popular merupakan strategi-strategi yang tidak memerlukan pertimbangan dan pemikiran yang analitis. Sebagai penutup, makalah ini mengesyorkan beberapa cadangan untuk membaiki kelemahan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar.

Reference
  • Aebersold J.A. & Field M.L. 1997. From reader to reading teacher – Issues and strategies for the second language classroom. Cambridge: CUP.
    Atan Long, Ghazali Othman, Mohd, Yunus Mohd. Nor, Zainal ABidin Ahmad, Mohd. Noor Abdullah & Yoong Suan. 1984. A survey of the reading habits and interests of Malaysian people. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Block, E. 1986. The comprehension strategies of second language readers. TESOL Quarterly 20(3): 463-493.
    Cairney, T. 1990. Teaching reading comprehension. Milton Keynes: Open University Press.
    Chapman, K. 2006. 20,000 Year Six pupils can’t read or write well. The Star. October 23.
    Cohen, A.D. 1998. Strategies in learning and using a second language. Harlow: Longman.
    Della, C. 1998. The reading strategies of MBA students: A qualitative investigation. Tesis MA tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
    Ganakumaran S, Koo Y. L. & Shahizah Ismail. 2003. Pedagogical implications of the incorporation of the literature component in the Malaysian ESL syllabus. Dlm. Ganakumaran S. (Pnyt.). Teaching of Literature in the ESL/EFL contexts. Petaling Jaya: Sasbadi.
    Hosenfeld, C. 1977. A preliminary investigation of the reading strategies of successful and nonsuccessful second language learners, System. 5 (2): 110-123.
    Kementerian Pelajaran Malaysia. 2007. Merapatkan Jurang Pendidikan. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. (Atas talian). http://www.moe.gov.my/galeri_awam_manual. (20 Oktober 2007).
    Nambiar, R. 1998. Learning strategies: A Malaysian perspective. Monograph. Faculty of Language Studies. UKM.
    Nambiar, R. 2005. Language learning and language use strategies for academic literacy: Towards a theoretical and pedagogical model of language learning. Tesis PhD tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
    Noraini Ibrahim. 1998. Reading legal cases. An ethnographic inquiry. Monograph. Faculty of Language Studies. UKM.
    Oxford, R.L. 1990. Language learning strategies: What every teacher should know. New York: Newbury House Publishers.
    Pandian, A. 1997. Reading in Malaysia. Bangi: Penerbit UKM.
    Perpustakaan Negara Malaysia. 1996. Reading Profile of Malaysians. Kuala Lumpur.
    Sarjit Kaur & Rosy Thiagarajah. 1999. The English reading habits of ELLLS students in Universiti Sains Malaysia. Kertas kerja dibentangkan dalam Persidangan LERN di Pulau Pinang, Malaysia, pada 27 – 30 September.
    Urquhart, A. H. & Weir, C. J. 1998. Reading in a second language: Process, product and experience. London: Longman.
    Wallace, C. 1988. Learning to read in a multicultural society: The social context of second language literacy. New York: Prentice Hall.
    Wallace, C. 1992. Reading. Oxford: OUP.