Tahap Tekanan Guru Bahasa Melayu Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah
List of Authors
  • Zamri Mahamod

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Tekanan kerja dialami di dalam pelbagai bidang pekerjaan pada hari ini dan ia bukan lagi perkara yang baru bagi pekerjaan guru. Pada tahun 2018,  data daripada Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa 4.4% bersamaan 2,123 daripada  seramai 48,258 guru dikenal pasti mengalami tekanan tahap sederhana tinggi. Mengajar bahasa Melayu adalah sesuatu yang sangat mencabar terutama sekali untuk guru yang mendidik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Pengajaran Bahasa Melayu di SJKC mempunyai kekangan yang agak ketara. Kefasihan berbahasa Melayu murid di sekolah jenis kebangsaan dalam berbahasa Melayu tidak sehebat murid-murid di sekolah kebangsaan yang kebanyakan muridnya adalah daripada kaum Melayu. Oleh itu, guru bahasa Melayu di sekolah cina menghadapi masalah untuk menjadikan murid mahir dan menguasai kemahiran berbahasa. Kajian ini bertujuan untuk memberi fokus khusus kepada guru bahasa Melayu. Kajian tinjauan ini dijalankan untuk mengukur tahap tekanan 128 orang guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di beberapa buah SJKC. Kaedah kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik digunakan untuk mengetahui tahap tekanan guru-guru bahasa Melayu di SJKC daerah Johor Bahru. Hasil kajian menunjukkan data guru bahasa Melayu sebenarnya berada pada tahap tekanan sederhana. Empat faktor iaitu bebanan kerja, hubungan interpersonal, pengajaran Bahasa Melayu dan disiplin murid, menunjukkan tahap tekanan sederhana dalam kalangan guru Bahasa Melayu dan satu faktor berada di tahap tinggi iaitu faktor pengiktirafan profesional. Dicadangkan agar kajian yang lebih mendalam untuk melihat di mana punca masalah tekanan dalam kalangan guru bahasa Melayu dapat dibuat oleh penyelidik lain pada masa hadapan.


Reference
  • No Data Recorded