Refleksif dirinya: satu analisis sintaksis
List of Authors
  • Fazal Mohamed Mohamed Sultan

Keyword
  • refleksif, sintaksis, teori tambatan, dirinya, dirinya sendiri, pronominal, fitur

Abstract
  • Artikel ini membahaskan FN dirinya yang dikenal pasti sebagai refleksif di dalam bahasa Melayu. Sebaliknya, refleksif dirinya pula akan mempunyai bacaan yang taksa apabila hadir di dalam ayat. Ini adalah disebabkan dirinya boleh mempunyai rujukan di dalam klausanya dan juga di luar klausanya. Akibatnya, refleksif ini tidak mematuhi Prinsip A. Namun demikian, sifat refleksif jenis ini sering dikenali sebagai refleksif berjarak jauh. Mashudi dan Solakhiah (1997) telah mengkaji bentuk dirinya dalam kerangka teoritis tatabahasa generatif. Mereka mendakwa bahawa bacaan yang taksa oleh refleksif dirinya adalah disebabkan oleh kehadiran fitur [+refleksif] dan [+pronominal] yang dijana oleh dirinya pada struktur-L (struktur lahir/permukaan). Walaupun kedua-dua ahli bahasa ini dapat membahaskan dengan baik bahawa bentuk dirinya mempunyai bacaan yang taksa kerana fiturnya yang berbeza tetapi mereka tidak menjelaskan bagaimana dua bacaan yang berbeza boleh beroperasi pada satu aras yang sama iaitu struktur-L pada masa yang sama. Cadangan yang membiarkan dua bacaan beroperasi pada masa yang sama ke atas dirinya tidak boleh mencapai kepadaan ekplanatori. Analisis ini juga tidak boleh menjelaskan ayat : Sayai percaya bahawa Salimj telah menembak dirinya*i/j/k. atau Salimj percaya bahawa sayai telah menembak dirinya*i/j/k. Oleh yang demikian, artikel ini akan mengisi kekurangan tersebut. Analisis ini mendakwa dan membahaskan bahawa bacaan yang taksa adalah disebabkan oleh fitur seperti [+3] dan [+pronominal] pada enklitik ‘-nya’ dan fitur [+refleksif] pada bentuk diri yang beroperasi pada aras sintaksis yang berbeza. Ini bermakna bacaan yang taksa pada dirinya dalam ayat adalah kerana pada struktur-D penutur sudah mempunyai intuisi mengenai bacaan pronominal dan bacaan itu tetap ada sehingga pada struktur-L. Pada struktur-L, penutur turut mendapat bacaan refleksif pula. Kehadiran dua bacaan pada aras yang berbeza menyebabkan dirinya telah mempunyai bacaan yang taksa. Analisis ini akan dibahaskan dengan menggunakan Teori Tambatan yang mengawal penyebaran FN dalam suatu ayat.

Reference
  • Asmah Haji Omar. 1993. Nahu Melayu mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Chomsky, N. 1981. Lectures on government and binding. Dordrecht: Foris Publications.
    Chomsky, N. 1986a. Barriers. Cambridge, Mass. : MIT Press.
    Chomsky, N. 1986b. Knowledge of language. Its nature, origin, and use. New York: Praeger.
    Fazal Mohamed B. Mohamed Sultan. 2005. Analisis sintaksis ke atas enklitik ‘-nya’ dalam bahasa Melayu. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Fazal Mohamed Bin Mohamed Sultan. 2006. Pengklitikan enklitik ‘-nya’ pada kata kerja: aplikasi teori kuasaan dan tambatan (chomsky, 1986). Jurnal bahasa. 6 (3) : 363 – 384.
    Haegeman, L. 1994. Introduction to Government and Binding Theory. Ed. ke-2. Oxford: Blackwell.
    Mashudi Kader & Solakhiah Januri. 1997. Pronomina dia, diri, -nya, dirinya dan dirinya sendiri. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Linguistik Ke-3. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 18-19 November.
    Mees, C. A. 1969. Tatabahasa dan tatakalimat. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.
    Nik Safiah Karim. 1978. Bahasa Malaysia syntax: Some aspects of its standardisation. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Travis, L. D. 1984. Parameters and effects of word order variation. Tesis Dr. Fal. Massachusetts Institute of Technology.