Pengintegrasian Teknologi Metasemesta sebagai Satu Pendekatan dalam Pengajian Tinggi di Malaysia: Potensi dan Cabaran
List of Authors
  • Amy Liew Xiu Jie, Nurul Aisyah Kamrozzaman

Keyword
  • Teknologi metasemesta, pendekatan imersif, pengajian tinggi, Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0), pembelajaran sepanjang hayat

Abstract
  • Kemajuan dan perkembangan teknologi digital telah membuka peluang kepada pendekatan inovatif dalam bidang pendidikan bagi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Teknologi ini menggabungkan elemen realiti maya (VR), interaksi sosial, dan kandungan digital dalam satu persekitaran pembelajaran yang imersif. Ia berpotensi mengubah landskap pendidikan ke arah pendekatan yang lebih imersif, berpusatkan pelajar, fleksibel, dan bersifat transnasional. Oleh itu, pengintegrasian teknologi metasemesta dalam sistem pengajian tinggi dilihat selari dengan aspirasi negara untuk melahirkan graduan yang celik digital, kreatif dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. Artikel ini bertujuan meneroka pengintegrasian metasemesta sebagai pendekatan PdP dalam pendidikan tinggi di Malaysia dengan menilai potensi, dan cabarannya. Perancangan strategik juga dicadangkan dengan dilakukan secara menyeluruh bagi memastikan teknologi metasemesta dapat dimanfaatkan secara optimum dalam konteks pendidikan tinggi negara, selari dengan tuntutan Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0). Ia membolehkan teknologi metasemesta menjadi enjin perubahan yang signifikan dalam mencorakkan masa depan pendidikan tinggi Malaysia dan menyokong kepada pembelajaran sepanjang hayat.

Reference
  • No Data Recorded