Keberkesanan Penggunaan Kit Belajar Melalui Bermain (Kit BMB) Untuk Penguasaan Kemahiran Pembacaan Dan Penulisan Bagi Suku Kata KVKVKV Di SJKC Bradwall
List of Authors
  • Phor Seau Li, Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad

Keyword
  • Kit Belajar, Intervensi, Kaedah Bermain, Membaca, Menulis

Abstract
  • Kajian ini menunjukkan bahawa keberkesanan penggunaan Kit Belajar Melalui Bermain (Kit BMB) untuk penguasaan kemahiran pembacaan dan penulisan bagi suku kata KVKVKV. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada 3 orang murid yang lemah dalam Bahasa Melayu dari kelas 2 Rajin di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)Bradwall, Kuala Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan. Data dikumpulkan menggunakan instrumen-instrumen seperti pemerhatian dan hasil kerja murid serta ujian sebelum dan selepas intervensi. Tindakan intervensi yang dijalankan dalam kajian ini ialah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca dan menulis perkataan KV+KV+KV dengan menggunakan Kit BMB yang terdiri daripada enam aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan kaedah bermain yang disesuaikan kepada tahap perkembangan murid-murid dilaksana berpusatkan murid dengan cara yang menarik dan menyeronokkan. Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan kaedah bermain adalah seperti roda impian, boling, permainan sahibba, permainan teka-meneka dan lain-lain lagi untuk menarik minat murid belajar Bahasa Melayu. Dapatan hasil analisis ujian sebelum dan selepas intervensi telah menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang nyata di mana kesemua murid telah menunjukkan peningkatan pencapaian dalam kemahiran membaca dan menulis perkataan KV+KV+KV dengan mendapat gred A pada akhirnya. Di samping itu, peningkatan juga dapat dilihat daripada dapatan hasil analisis min keseluruhan dan melalui analisis hasil kerja, peratus jawapan yang betul semakin meningkat dari intervensi pertama hingga intervensi ketiga. Kesimpulannya, penyelidik mendapati penggunaan Kit BMB amat berkesan dalam membantu murid-murid pemulihan menguasai kemahiran membaca dan menulis perkataan KV+KV+KV.

Reference
  • No Data Recorded