Perlindungan Undang-Undang Terhadap Kanak-Kanak Dari Jenayah Pengantunan Seksual Atas Talian: Kajian Perbandingan
List of Authors
  • Nur Fatihatul Nisha Hussein, Suhaizad Saifuddin

Keyword
  • Perlindungan Undang-Undang, Kesalahan Seksual, Pengantunan Seksual Dalam Talian, Kanak-Kanak, Jenayah Kanak-Kanak

Abstract
  • Mutakhir ini, jenayah pengantunan seksual atas talian terhadap kanak-kanak semakin membimbangkan dan menunjukkan peningkatan yang ketara saban tahun. Objektif artikel ini adalah untuk menganalisis kerangka perundangan jenayah pengantunan seksual kanak-kanak secara atas talian di beberapa buah negara iaitu Malaysia, United Kingdom dan Singapura. Selain itu artikel ini juga akan mencadangkan penambahbaikan undang-undang berhubung dengan pengantunan seksual kanak-kanak secara atas talian di Malaysia. Artikel ini dijalankan dengan mengguna pakai kerangka penyelidikan undang-undang tulen yang dibahaskan secara doktrin. Data-data diperolehi dokumentasi seperti buku, artikel jurnal dan laporan akhbar. Data tersebut dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan deskriptif. Hasil artikel ini mendapati undang-undang di Malaysia belum cukup jelas untuk memberikan perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengantunan seksual atas talian seperti di beberapa buah negara lain. Oleh yang demikian, artikel ini mencadangkan supaya peruntukan undang-undang berhubung dengan pengantunan seksual kanak-kanak atas talian di Malaysia ditambah baik agar dapat memberikan perlindungan yang lebih efisyan terhadap kanak-kanak di negara ini.

Reference
  • No Data Recorded