Pembangunan dan impak terhadap keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat: analisis jaringan di Wilayah Pembangunan Iskandar Johor
List of Authors
  • Er, Ah Choy , Katiman Rostam

Keyword
  • Analisis Jaringan, Kesejahteraan dan Keselamatan, Pembangunan Perindustrian, Alam Sekitar, Wilayah Pembangunan Iskandar

Abstract
  • Aktiviti pembangunan menghasilkan kesan ke kawasan sekitarnya terutama dari segi pertambahan penduduk, peningkatan aktiviti ekonomi, penggunaan infrastruktur asas dan eksploitasi sumber. Artikel ini bertujuan menganalisis impak pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) khususnya pembangunan perindustrian terhadap alam sekitar dan kesejahteraan penduduk setempat. Analisis jaringan dilakukan untuk mengkaji jaringan antara kerajaan, industri serta masyarakat dalam usaha menangani isu alam sekitar. Data sekunder diperolehi daripada laman web WPI Johor, Pejabat Pengurusan Wilayah Iskandar Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Pihak Berkuasa Tempatan. Data primer diperolehi melalui temu bual berdasarkan set soalselidik dengan penduduk setempat pada bulan November 2009 hingga Januari 2010. Kajian lapangan tersebut bertujuan memperolehi persepsi penduduk setempat tentang impak pembangunan WPI terhadap alam sekitar. Kaedah pensampelan berkelompok digunakan untuk memilih 100 orang responden. Maklumat juga diperolehi melalui analisis kandungan dokumen berkaitan serta temu bual dengan informan utama. Data terkumpul diproses dengan program SPSS dan dianalisis menggunakan korelasi Spearman. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pencemaran alam sekitar dengan aktiviti perindustrian (rs = 0.257, p < 0.01). Hubungan antara kawasan perindustrian yang hampir dengan kehadiran jumlah pekerja asing ke kawasan perumahan positif dan signifikan (rs = 0.217, p < 0.05). Keselesaan dan keharmonian penduduk setempat tergugat ( rs = 0.249, p < 0.05). Hubungan yang signifikan antara kehadiran pekerja asing dengan masalah sosial positif dan signifikan (rs = 0.597 , p < 0.01). Masalah sosial telah menjejaskan kesejahteraan, keselesaan dan keharmonian penduduk setempat tergugat (rs = 0.350, p < 0.01). Aktiviti perindustrian yang dijalankan turut menggugat kesejahteraan dan keharmonian penduduk setempat (rs = 0.266, p < 0.01).

Reference
  • Aiken, S.A. et al. 1994. Pembangunan dan persekitaran di Semenanjung Malaysia. Sulong Mohamad (tejh) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Asan Ali Golam Hassan. 2004. Growth, structural change and regional inequality in Malaysia. Aldershot: Ashgate Ltd. England.
    Asmah Ahmad. 1976. Pencemaran udara di Kuala Lumpur-Petaling Jaya. Jurnal Ilmu Alam, bil. 29.
    Badient, P.B. Harned, D.A. & Characklis, W.G. 1978. Stormwater analysis and prediction in Houston. Journal of Environmental Engineering 104: 1087-1100.
    Barbora, G. 2008. Corporate social responsibility: Environment concern in New Zealand’s wine industry. Canterbury: University of Canterbury. Tesis Sarjana yang tak diterbit.
    Dickens, P. 1998. Global shift: Transforming the global economy. New York: Guildord Press.
    Er, A.C. 2007. A quantitative methodology to test ecological modernization theory in the Malaysian context. Wageningen: Wageningen University, The Netherlands. Tesis PhD.
    Iskandar Regional Development Authority and Iskandar Development Region Information Pack. 23 Febuari 2007. Rancangan komprehensif untuk Wilayah Ekonomi Johor Selatan oleh IRDA
    Iskandar Regional Development Authority. 2010. Perbandingan kadar jenayah. http://www.iskandarmalaysia.com.my/comparison-of-crime-index-0 [21 Mei 2010].
    Jamaluddin Md. Jahi. 1993. Pendapat awam mengenai masalah pencemaran pinggir pantai di Mersing, Johor. Dlm. Sharifah Mastura Syed Abdullah. (pnyt.) Dua dekad penyelidikan persekitaran dan pemuliharaan Bangi: Penerbit UKM,
    Jan van Dijk 2005. The network society, social aspects of new media. Ed. ke-2. London: Thousand Oaks.
    Johor Industry Guide. 200). TPM Technopark SDN. BHD, Johor Bahru, Johor.
    Kanapathy.1970. The Malaysian economy, problems and prospects. Singapura: Asia Pacific Press.
    Khoa, Le Van. 2006. Greening small and medium-sized enterprises: Evaluating environmental policy in Vietnam. Wagenigen: Wagenigen University. Disertasi yang tak diterbit.
    Maheswaran, A. 1982. Water quality management in Malaysia. Technology and the environment. Kuala Lumpur Ministry of Science.
    Malaysia, 1974. Akta kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturan-peraturan. 2006. Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.
    Malaysia, Bahagian Alam Sekitar 1982. Laporan tahunan alam sekeliling 1979, Kuala Lumpur: Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
    Malaysia, Jabatan Alam Sekitar 1988. Majalah SEKITAR. Jun dan Disember.
    Mol, A.P.J. 1995. The refinement of production: Ecological modernization theory and the chemical industry. Utrecht: Jan van Arkel/International Books.
    O’Rourke, D. 2001. Community-driven regulations: Towards an improved model of environmental regulation in Vietnam. Dlm. P. Evans (pnyt.), Livable cities: Urban struggle for livelihood and sustainability. Berkeley: University of California.
    O’Rourke, D. 2002. Motivating a conflicted environmental state: Community-driven regulation in Vietnam. Dlm. Mol, A.P.J. & F.H. Buttel (pnyt.). The environmental state under pressure. Oxford: Elsevier Science.
    O’Rourke, D. & Macey, G. P. 2003. Community environmental policing: Assessing new strategies of public participation in environmental regulation. Journal of Policy Analysis and Management, 22, (3): 383–414.
    Phuong, Phung Thuy. 2002. Ecological modernisation of industrial estates in Vietnam. Wagenigen: Wagenigen University. Disertasi yang tak terbit.
    Rohana Yusof. 2003. Kaedah penyelidikan sosial. Kuala Lumpur: Percetakan Cergas.
    Sonnenfeld, D. A. 1998. Social Movements, Environment, and Technology in Indonesia's Pulp and Paper Industry. Asia Pacific Viewpoint, vol 39, (1): 95-110.
    Sonnenfeld, D.A. 2000. Contradictions of Ecological Modernisation: Pulp and Paper Manufacturing in South-East Asia. Environmental Politics. 9 ( 1): 235-256.
    Tran, Thi My Dieu. 1996. Environmental management and the policy making in Vietnam. Kertas kerja yang dibaca pada Seminar on Environment and Sustainable Development in Vietnam. Canberra, ANU. 5-7 Dissember.
    Tran, Thi My Dieu. 2003. Greening food processing industry in Vetnam: Putting industrial ecology to work. Wagenigen: Wagenigen University. Disertasi yang tak diterbit.
    Umaporn M. 2006. Hazardous waste management and the public: A case study of public participation in Pluak Daeng, Ra Yong Province, Thailand. Griffith: Griffith University, Australia. Tesis PhD yang tak terbit.
    Zakaria Awang Soh. 1990. Kejadian dan keadaan alam semesta. Kuala Lumpur: Berita Publishing
    Zukarnain. Z & Hishamuddin Md. Som. 2001. Analisis data menggunakan SPSS Windows.Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
    Zulkifli Yusof, Siti Nazahiyah Rahmat, Kamarul Azlan Mohd Nasir & Maketab Mohamed. 2004. Runoff quality and pollution loadings from residential and commercial catchments in Skudai, Johor. Prosiding SEPKA 04. Seminar Penyelidikan Kejuruteraan Awam 2004. Skudai. 2 Oktober.