Keperluan, kepentingan dan sumbangan perancangan pendidikan dalam pembangunan ekonomi Malaysia
List of Authors
  • Hasnah Ali , Luqman Ahmad , Noraziah Ali

Keyword
  • pendidikan, pembangunan sumber manusia, kemiskinan, daya saing

Abstract
  • Perancangan rapi yang dibuat oleh Malaysia telah berjaya membawa negara ke tahap yang agak memuaskan berbanding dengan negara membangun yang lain. Perancangan pembangunan negara bermula dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) sehingga Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP 3) yang meliputi dasar utama pembangunan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN). Sehingga kini semua dasar telah menampakkan kesan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan telah diperincikan melalui rancangan lima tahun. Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, struktur pendidikan telah berubah di mana rancangan pendidikan dihubungkaitkan dengan memperkukuhkan sistem pendidikan negara dan membina perpaduan sosial, ekonomi dan politik. DEB mempunyai hubungan yang rapat dengan sistem pendidikan negara. Sebelum tahun 1970, sebilangan besar bumiputera lemah dalam pendidikan menyebabkan hanya segelintir sahaja yang mempunyai peluang untuk mendapatkan pekerjaan bagi memenuhi gunatenaga mahir manusia dalam berbagai-bagai profesion yang diperlukan. Pendidikan dan pembangunan sumber manusia adalah kunci kepada peningkatan daya saing negara. Kertas kerja ini menganalisis kepentingan sektor pendidikan dalam setiap rancangan pembangunan lima tahun dan sumbangannya kepada pembangunan ekonomi negara. Kajian empirik juga dilakukan untuk menentukan kesan keberkesanan perbelanjaan pendidikan terhadap pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kajian mendapati dalam setiap rancangan pembangunan lima tahun bermula dari Rancangan Malaysia Pertama hingga ke rancangan terkini, aspek pendidikan dan pembangunan sumber manusia memang sentiasa ditekankan. Dasar pembangunan sumber manusia terutama sekali bahagian pendidikan dan latihan menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dengan peralihan ekonomi Malaysia daripada intensif buruh kepada intensif modal dan intensif teknologi. Peruntukan yang tinggi juga telah diberikan kepada sektor ini dan telah memberikan banyak kesan positif seperti pengurangan kemiskinan dan penstrukturan semula masyarakat bagi menegakkan DEB, DPN dan DWN.

Reference
  • Asteriou, D. & Agiomirgianakis, G.M. 2001. Human Capital And Economic Growth Time Series Evidence From Greece. Journal of Policy Modelling 23: 481-489.
    Caillods, F and deGrauwe, A. 2006. Capacity development in educational planning and management: IIEP’s experience IWGE/IIEP Paris.
    Carnoy, M. 1977. Education and Employment: a critical appraisal, UNESCO.
    Drysdale, P, dan Huang, Y. 1977. Technology Catch-Up And Economic Growth In East Asia And The Pacific. Economic Record. 73:201-221.
    Fernandez, E & P. Mauro 2000. The Role of Human Capital In Economic Growth: The Case of Spain. IMF Working Paper.
    Godoy, R., Karlan, D.S., Rabindran, S & Huanca, T. 2005. Do Modern Form Of Human Capital Matter In Primitive Economies? Comparative Evidence From Bolivia. Economics of Education Review 24, 45 – 53.
    Kementerian Kewangan Malaysia. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Pelbagai Siri. Kuala Lumpur. Percetakan Nasional Berhad (PNB).
    Kementerian Pendidikan Malaysia. Perangkaan Tahunan Pendidikan Pelbagai Tahun. Kuala Lumpur. Percetakan Nasional Berhad (PNB).
    Lau, L.J., Jamison, D.T., Liu, S-c., Rivkin, S. 1993 Education And Economic Growth Some Cross-Sectional Evidence From Brazil. Journal of Development Economics 41: 316-320.
    Malaysia 1971. Rancanan Malaysia Kedua 1971-1975. Percetakan Kerajaan Malaysia.
    Malaysia 1976. Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980. Percetakan Kerajaan Malaysia.
    Malaysia 1981 Rancangan Malaysia Keempat 1981-1985. Percetakan Kerajaan Malaysia.
    Malaysia 1986 Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990. Percetakan Kerajaan Malaysia.
    Malaysia 1991 Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995. Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
    Malaysia 1996 Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000. Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
    Malaysia 2001 Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005. Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
    Malaysia 2006 Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
    McMahon, W. W. 1997. Education And Growth In East Asia. Economics of Education Review 17 :159-172.
    Otani, I., & Villanueva, D., 1990. Long-Term Growth In Developing Countries And Uts Determinants: An Empirical Analysis. World Development 18: 769-783.
    Petrakis, P.E & Stamatakis, D. 2002. Growth And Educational Levels: A Comparative Studies. Economics of Education Review 21: 513-521.
    Rahmah Ismail .1998. Sumbangan Pendidikan Kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, 1970-1996. Jurnal Ekonomi Malaysia 32: 3-20.
    Shamsul Huq, Muhammad. 1975. Education, Manpower And Development In south And South East Asia, New York. Praeger Publisher. New York.
    Sanyal, B.C. 2008. Lingkage between Higher Education and Labor Market : the case of Yemen, paper presented at the International Conference on Higher Education Outcomes and the Labor Market Needs, held in Sana’a on 12th-13th Mac 2008, Ministry of Education, Republic of Yemen.
    Self, S., & Grabowski, R. 2004. Does Education At All Levels Cause Growth? India, A Case Study. Economics of Education Review 23 : 47-55.
    Tin-Chun Lin. 2003. Education, Technical Progress, And Economic Growth: The Case Of Taiwan. Economic of Education Review 22 : 213-220.
    Tin-Chun Lin .2004. The Role Of Higher Education In Economic Development: An Empirical Study Of Taiwan Case. Journal of Asian Economics 15 : 355-371.
    Walters, P.B., & Rubinson, R. 1983. Educational Expansion And Economic Output In The United States, 1890-1969: A Production Function Analysis. American Sociological Review 48: 480-493.