Tahap Penerapan Dan Kefahaman Guru Matematik Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam PdP Matematik Di Sekolah Rendah
List of Authors
  • Siti Mistima Maat

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman dan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) oleh guru matematik sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Sampel kajian dipilih seramai 120 orang guru matematik sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Kajian ini dilaksanakan secara tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang kaji selidik. Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0 digunakan untuk menganalisis data. Statistik deskriptif digunakan untuk menentukan min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian medapati tahap penerapan KBAT guru matematik dalam PdP berada pada tahap yang tinggi dengan skor min ialah 3.50. Dapatan kajian yang telah dijalankan juga menunjukkan skor min secara keseluruhan ialah 3.80 menjelaskan bahawa tahap kefahaman KBAT para guru matematik berada pada tahap yang tinggi. Implikasi kajian ini ialah dapat membantu mengatasi dan memperhalusi segala kepincangan yang berlaku dalam proses penerapan KBAT di sekolah serta memberikan impak besar kepada murid di sekolah di mana mereka akan sentiasa dibimbing dengan baik dan mengikut perkembangan semasa selaras dengan pembangunan pesat dunia pendidikan.


Reference
  • No Data Recorded