Tahap kepuasan, masalah dan cadangan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan taman: kajian kes di Taman Saujana Hijau Putrajaya
List of Authors
  • Mohd Edzuan Abdullah Sani , Rosniza Aznie Che Rose , Zaini Sakawi

Keyword
  • Kemudahan, kualiti perkhidmatan, pengunjung, tahap kepuasan, taman awam

Abstract
  • Pembangunan sesebuah bandar perlu bergerak seiring dengan penyediaan landskap di sesebuah taman awam. Taman awam merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya kepada komuniti bandar. Dalam konteks Malaysia, penyelidikan terhadap isu berkaitan dengan taman awam adalah masih kurang dan terbatas. Untuk itu, kajian ini meneliti sejauh mana tahap kepuasan pengunjung ketika melawat taman awam tersebut, seterusnya meneliti masalah yang mereka hadapi serta cadangan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan di Taman Saujana Hijau, Putrajaya. Kajian ini melibatkan temu bual menggunakan borang soal selidik, temu bual mendalam, temu bual tidak langsung, pemerhatian dan pengalaman ikut serta. Kajian ini membabitkan 123 orang responden. Hasil kajian mendapati responden berpuas hati dengan pengurusan landskap lembut skor min (3.82), kedudukan dan lokasi taman skor min (3.78) dan tahap kebersihan dan keceriaan persekitaran taman Saujana Hijau, Putrajaya dengan skor min (3.67). Bagi kemudahan dan perkhidmatan yang lain, kesemuanya dalam min skor sederhana dengan julat min 2.40 hingga 3.34. Antaranya laluan siar kaki (3.34), kedudukan lokasi wakaf / gazebo / benches/ meja (3.21), trek jogging (3.17), kemudahan tong sampah (3.12), tahap keselamatan (3.04), kemudahan alat permainan (2.99), tempat letak kenderaan (2.86), kemudahan papan tanda (2.84), alatan senaman (2.62) dan kemudahan tandas (2.60). Antara masalah utama yang dihadapi oleh pengunjung ialah kemudahan asas yang kurang terutamanya surau, tempat letak kenderaan serta kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak. Sehubungan itu, beberapa langkah penambahbaikan perkhidmatan dan kemudahan dicadangkan seperti menyediakan kemudahan asas yang lebih lengkap dan menyeluruh untuk setiap lapisan masyarakat dan umur, mempertingkatkan sistem pengurusan dan pengendalian teknikal serta meningkatkan tahap keselamatan. Untuk itu, pihak pemegang taruh khususnya pihak Jabatan Landskap dan Taman dan pengurusan taman perlu lebih prihatin dan proaktif untuk memastikan kualiti perkhidmatan dan kemudahan taman Taman Saujana Hijau sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Reference
  • 1. Abdul Hakim, M. M. S., Maizan Baba, Mohammed, A. H., Sapri, M. & Baba, M. (2006). Pengurusan Fasiliti.
    2. Ahmad Zamil, Z., Salleh, I. H. & Rashid, M. S. A. (2014). Identity of Malay Garden Design to be Promoted as the Cultural Tourism Product in Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences 153(October): 298–307. doi:10.1016/j.sbspro.2014.10.063
    3. Azman, A. R. & Shaharuddin, M. I. (2015). Menilai Estetika Landskap Kampung Tradisional Melayu. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke 8: Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran (November): 281–290.
    4. Basri Rashid. (2013). Elemen destinasi dan kesan terhadap pengalaman percutian. GEOGRAFIA Online TM Malaysian Journal of Society and Space 9(4): 118–127.
    5. Bolliger, J. & Kienast, F. (2010). Landscape functions in a changing environment. Landscape Online 21(1): 1–5. doi:10.3097/LO.201021
    6. Cohen, D. A., Han, B., Isacoff, J., Shulaker, B., Williamson, S., Marsh, T., McKenzie, T. L., et al. (2014). Impact of Park Renovations on Park Use and Park-Based Physical Activity. Journal of Physical Activity and Health. doi:10.1123/jpah.2013-0165
    7. Esa Ahmad & Mazifah Simis. (2017). Urban landscape : from Urban Beautification to Sustainable Landscape Development.pdf.
    8. Faiza Darkhani, Mohd Tahir, O. & Ibrahi, R. (2019). Comparison On Sustainable Urban Landscape Management: Insight From Urban Green Space Governance In England, Malaysia And Singapore. MATEC Web of Conferences 266: 06006. doi:10.1051/matecconf/201926606006
    9. Fischer, A. P., Klooster, A. & Cirhigiri, L. (2019). Cross-boundary cooperation for landscape management: Collective action and social exchange among individual private forest landowners. Landscape and Urban Planning 188(February 2018): 151–162. doi:10.1016/j.landurbplan.2018.02.004
    10. Garis Panduan Landskap Negara. (2008). Garis Panduan Landskap Negara. Garis Panduan Landskap Negara Edisi 2 2: 16.
    11. Goh, H. C. & Noratiqah Mahmood, M. (2016). The user’s perceptions of Perdana Botanical Garden in Kuala Lumpur. Journal of Design and Built Environment 16(1): 27–36.
    12. Hamzah Jusoh, Ahmad, H., Buang, A., Zoolberi, F. A. & Nik, N. M. (2014). Impak kawasan hijau terhadap persekitaran sosial komuniti Putrajaya. Malaysia Journal of Society and Space 10(8): 26–39.
    13. Hasnul Faizal, H. (2017). Pengurusan Fasiliti Sukan Awam di Malaysia : Isu, Cabaran & Penambahbaikan (December 2016).
    14. Jabatan Landskap Negara. (2010). Dasar Landskap Negara. Jabatan Landskap Negara. Retrieved from www.kpkt.gov.my/jln
    15. Jansson, M. & Lindgren, T. (2012). A review of the concept “management” in relation to urban landscapes and green spaces: Toward a holistic understanding. Urban Forestry and Urban Greening 11(2): 139–145. doi:10.1016/j.ufug.2012.01.004
    16. Jasasikin, Ab Sani, Ahmad Sharip, N. A., Othman, N. & Mohd Hussain, M. R. (2017). Relationship between Types of Organization with the Quality of Soft-scape Construction Work in Malaysia. Environment-Behaviour Proceedings Journal 2(5): 85. doi:10.21834/e-bpj.v2i5.685
    17. Kamalludin Bilal. (2004). Kajian Permasalahan Pengurusan Taman Rekreasi Kajian Kes: Taman Rekreasi Hutan Bandar, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim.
    18. Kamarul Azmi, J. (2012). Penyelidikan kualitatif dalam sains sosial. Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012. Puteri Resort Melaka: Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temengong Ibrahim.
    19. Konijnendijk, C. C., Annerstedt, M., Nielsen, A. B. & Maruthaveeran, S. (2013). Benefits of Urban Parks. Copenhagen & Alnarp (January). Retrieved from https://www.informedesign.org/Rs_detail/rsId/2217
    20. Mazlina, M., Zakariya, K. & Harun, N. Z. (2019). Challenges on use of recreational parks in Kuala Lumpur. Journal of Construction in Developing Countries 24(1): 141–162. doi:10.21315/jcdc2019.24.1.8
    21. Mohd Kher, H., Abdullah, S. A., Siwar, C. & Ismail, S. M. (2017). Analisis terhadap pembangunan landskap hutan rekreasi di Selangor, Malaysia (An analysis on recreational forest landscape development in Selangor, Malaysia). Analisis terhadap pembangunan landskap hutan rekreasi di Selangor, Malaysia (An analysis on recreational forest landscape development in Selangor, Malaysia) 9(3): 1–11.
    22. Nor Akmar, A. A., van den Bosch, K. & Nillson, K. (2018). Recreational use of urban green space in Malaysian cities. International Journal of Business and Society 19(S1): 1–16.
    23. Noralizawati, M. & Noriah, Othman. (2012). Push and Pull Factor: Determining the Visitors Satisfactions at Urban Recreational Area. Procedia - Social and Behavioral Sciences 49(006): 175–182. doi:10.1016/j.sbspro.2012.07.016
    24. Norsidah, U., Moulay, A. & Zakariya, K. (2015). Sense of Well-Being Indicators: Attachment to public parks in Putrajaya, Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences 202(December 2014): 487–494. doi:10.1016/j.sbspro.2015.08.195
    25. Nur Amirah, K. Z., Habibah, A., Ah Choy, E., Nur Atiqah, K. Z. & Hamzah, J. (2016). Pusat pentadbiran Putrajaya sebagai destinasi pelancongan : Satu analisis SWOT produk pelancongan. Malaysia Journal of Society and Space 12(13): 74–88.
    26. Osman Mohd Tahir & Kaboudarahangi, M. (2014). The challenges, potentials, and experts’ opinions on developing a Malaysian garden identity. Pertanika Journal of Social Science and Humanities 22(1): 19–33.
    27. Razak, M. A. W. A., Othman, N., & Nazir, N. N. M. (2016). Connecting People with Nature: Urban Park and Human Well-being. Procedia - Social and Behavioral Sciences 222: 476–484. doi:10.1016/j.sbspro.2016.05.138
    28. Rohayu, A., Kanniah, K. D. & Ho, C. S. (2018). Identification of suitable trees for urban parks and roadsides in Iskandar Malaysia. Chemical Engineering Transactions 63: 385–390. doi:10.3303/CET1863065
    29. Roshartini, O. & Suryanee Parvin, M. (2019). Development of Framework for the Best Practices in Maintenance Management of Public Recreation Park: Case Study in Muar Public Recreation Park. Journal of Technology Management and Business 6(1): 32–38. doi:10.30880/jtmb.2019.06.01.004
    30. Rosniza Aznie, C. R. & Nur Efazainiza Ainie, B. (2019). Analisis tahap kepuasan pengunjung di taman rekreasi awam Sabah. Malaysian Journal of Society and Space 15(4): 336–349. doi:10.17576/geo-2019-1504-24
    31. Shamirah, R., Leh, O. L. H., Adzmi, N. A. M. & Marzukhi, M. A. (2020). Relationship between quality of urban parks and physical activity: A case study in changkat public park, Batu Gajah, Perak. Planning Malaysia 18(4): 158–172. doi:10.21837/pm.v18i14.824
    32. Sharifah Khalizah, S. O. T., Ibrahim, N. K., Mohamad, N. H. N. & Rodzi, N. I. M. 2015. Public Awareness towards Conservation of English Landscape at Taiping Lake Garden, Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences 168(May): 181–190. doi:10.1016/j.sbspro.2014.10.223
    33. Sharifah Meryam, Musa, S., Senapi, N., Shafii, H., Zainal, R., Tun, U. & Onn, H. (2018). Kepentingan penyediaan elemen landskap di kawasan rekreasi Tasik Darulaman, Jitra, Kedah. Geografi 6(2): 67–75.
    34. Siti Rasidah, M. S., Akhir, N. M. & Omar, S. S. (2015). Determinant Factors of Successful Public Parks in Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences 170: 422–432. doi:10.1016/j.sbspro.2015.01.003
    35. Sri Winarni, S., Ahmad, H., Jusoh, H., Ah, E., Buang, A. & Mahmud, M. (2014). Pengintegrasian elemen pendidikan dalam pembangunan produk rekreasi di Tapak Warisan Dunia Melaka : Pendekatan pengusaha pelancongan Integrating educational elements in recreational tourism development of the Melaka World Heritage Site : Approaches from t 8(8): 13–25.