Tahap Kecerdasan Pelbagai Dan Motivasi Pelajar Tingkatan Enam Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu
List of Authors
  • Zamri Mahamod

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan pelbagai dan motivasi pelajar tingkatan enam dalam pembelajaran bahasa Melayu. Kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan telah dijalankan dengan menggunakan soal selidik terhadap 145 orang pelajar tingkatan enam di Kolej Tingkatan Enam, Sarawak. Kajian rintis juga telah dijalankan dan memperoleh nilai kebolehpercayaan, iaitu Cronbach Alpha=0,882. Data dikumpul dan dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan program SPSS versi 22.0. Hasil kajian menunjukkan, tujuh daripada lapan kecerdasan pelbagai yang dijalankan terhadap pelajar tingkatan enam semasa pembelajaran bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi. Hanya kecerdasan intrapersonal berada pada tahap yang sederhana. Kecerdasan logik matematik merupakan kecerdasan yang mendominasi pelajar tingkatan enam semasa sesi pembelajaran bahasa Melayu. Tahap motivasi intrinsik dan ekstrinsik juga berada pada tahap yang tinggi. Kajian yang dilaksanakan sememangnya memberi impak kepada penambahbaikan pengajaran guru-guru terutamanya guru-guru bahasa Melayu tingkatan enam dan pembelajaran bahasa Melayu pelajar tingkatan enam. Penemuan kajian juga membuktikan bahawa pelajar tingkatan enam menggunakan kecerdasan pelbagai dalam pembelajaran bahasa Melayu.


Reference
  • No Data Recorded