Peranan jaringan sosial dalam aktiviti ekopelancongan di Kepulauan Langkawi Geopark, Kedah Malaysia
List of Authors
  • Afiqah Norizan , Ling, Geraldine Chan Kim

Keyword
  • Jaringan sosial, ekopelancongan, embedded, nilai dan norma sepunya, analisis jaringan sosial

Abstract
  • Jaringan sosial merupakan satu elemen bukan ekonomi yang berperanan menggerak dan mengembangkan aktiviti ekonomi ekopelancongan dalam kalangan aktor sosial (pengusaha dan pemandu bot pelancongan) di kampung mereka di Kepulauan Langkawi Geopark, Kedah Malaysia. Secara khususnya, jaringan sosial itu bersifat terpendam atau embedded dalam tindakan ekonomi aktor sosial tersebut iaitu tindakan menggerak dan mengembangkan aktiviti ekopelancongan mereka khususnya pengusahaan dan pemanduan bot pelancongan. Makalah ini membincangkan hasil dari satu kajian yang telah dilakukan oleh penulis makalah ini bagi memahami isu utama kajian iaitu tentang kesignifikanan peranan jaringan sosial dalam menggerak dan mengembangkan aktiviti ekopelancongan di sebuah komuniti perkampungan di Langkawi. Secara khususnya objektif utama kajian tersebut adalah menganalisis struktur jaringan sosial, asas pembentukan struktur jaringan sosial dan jenis-jenis jaringan sosial. Teori jaringan sosial iaitu homophily dan embeddedness diaplikasikan bagi menyokong argumen berkenaan dengan peranan jaringan sosial kepada aktiviti ekopelanocngan. Data dikumpul melalui pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Analisis jaringan sosial dilakukan melalui perisian komputer UCINET VI bagi menganalisis struktur dan pola jaringan sosial. Hasil kajian menunjukkan asas pembentukan struktur jaringan sosial adalah nilai dan norma sepunya dalam kalangan aktor sosial iaitu pemandu bot dan pengusaha bot yang terlibat dalam aktiviti ekopelancongan. Persamaan lain dalam kalangan aktor sosial itu adalah dari segi pertalian hubungan, matlamat, lokasi kediaman dan keanggotaan persatuan. Nilai dan norma sepunya itu dan persamaan yang lain itu membentuk struktur jaringan sosial yang dibentuk dari jenis-jenis jaringan sosial seperti jaringan persahabatan, jaringan kekeluargaan, jaringan kejiranan dan jaringan kerja. Tambahan pula, nilai dan norma sepunya dan jenis-jenis jaringan sosial itu menggerak dan mengembangkan aktiviti ekopelancongan khususnya bagi aktiviti pengusahaan dan pemanduan bot pelancongan. Kesimpulan kajian adalah jaringan sosial memang menggerak dan mengembangkan aktiviti ekopelancongan di komuniti perkampungan di Langkawi Geopark. Implikasi kajian pula menunjukkan sumbangan penting jaringan sosial kepada perkembangan aktiviti ekopelancongan dan pembangunan sosio-ekonomi komuniti kampung di Langkawi sebagai sebuah geopark.

Reference
  • 1. Borgatti, Stephen; Everett, Martin G. & Johnson, Jeffrey C. (2018). Analyzing Social Networks. Ed. Ke-2. London: SAGE Publications Ltd.
    2. Boissevain, Jeremy. (1978). Friends of Friends: Networks, Manipulators and Coalitions. Great Britain: Basil Blackwell.
    3. Bruggeman, Jeroen. (2008). Social Networks: An Introduction. New York: Routlage.
    4. Centola, Damon., Gonzalez-Avella, Juan Carlos., Eguiluz, Victor M., & San Miguel, Maxi. (2007). Homophily, Cultural Drift and the Co-Evolution of Cultural Groups. Journal of Conflict Resolution, 51 (6).
    5. Chan Kim Ling @ Geraldine, Halimaton Saadiah Hashim & Sarah Aziz. (2011). Introducing Networks in Planning: An Example from Langkawi, Planning Malaysia, Special Issue, Dec 2011.
    6. Geraldine K.L. Chan. (2015), “Social networks as social capital for eco-tourism in Malaysia: A preliminary sociological study of the Langkawi Geopark”. In Geografia Online Malaysia Journal of Society and Space Volume 11 Issue 13 (2015). ISSN 2180-2491.
    7. Geraldine, K. L. Chan. (2017), “Governance Networks for Effective Custodians’ Participation in the Sustainability of Langkawi as a Geopark”, In Kajian Malaysia Journal of Malaysian Studies Special Issue Continuing Legacies Engaging Custodians in Heritage Conservation Vol 35 SUPP 1 2017. ISSN 0127-4082/E-ISSN 2180-4273.
    8. Geraldine K.L. Chan, Sivapalan Selvadurai & Rahimah Abdul Aziz. (2020), “The Culture of Heritage Conservation in Malaysia: A Study of Eco-tourism in Langkawi”, In eBangi Journal of Social Sciences and Humanities, Vol 17 (1), pp. 165-174.
    9. Granovetter, M. (1985). Economic Action and Social Stucture: The Problem of Embeddedness, American Journal of Sociology, Volume 91, Issue 3 (481-510), https://www2.bc.edu/~jonescq/mb851/Feb26/Granovetter_AJS_185.pdf [6 Jun 2016].
    10. Festiger, L. (1954). A theory of social comparison processes. Dalam Kilfuff, Martin & Tsai, Wenpin. 2005. Social Networks and Organizations. London: SAGE Publications Ltd.
    11. Hass, Jeffrey K. (2007). Economic Sociology An Introduction. New York: Routledge Tylor & Francis Group.
    12. Kadushin, Charles. (2004). Introduction to Social Network Theory. http://melander335.wdfiles.com/local--files/reading-history/kadushin.pdf
    13. Kilduff, Martin & Tsai, Wenpin. 2003. Social Networks and Organizations. Great Britain: SAGE Publications.
    14. Knoke, David & Kuklinski, James.H. (1982). Network Analysis. United States of America: SAGE Publications Inc.
    15. McPherson, Miller., Smith-Lovin, Lynn., & Cook, James M. (2001). Birds of A Feather: Homophily in Social Networks. Annual Review of Sociologyl. 27, 415-44.
    16. Newman, Mark. (2018). Networks (2nd ed.). Oxford: Oxford University Press.
    17. Perry, Brea L.; Pescosolido, Bernice A. & Borgatti, Stephen P. (2018). Egocentric Network Analysis. Cambridge: Cambridge University Press.
    18. Robins, Gary. (2015). Doing Social Network Research. London: SAGE Publications Ltd.
    19. Rosniza Aznie CR, Mohd Azlan Abdullah, Rozalini R, Rosmiza MZ, Abdul Rahim MN, Mohd Fuad MJ, & Novel L. (2012). Potensi tarikan ekopelancongan rekreasi di Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah, Perak. GEOGRAFIA Online Malaysia Journal of Society and Space 8(7):125-135.
    20. Scott, C. Hammond & Lowell, M. Glenn. (2004). The ancient practice of Chinese social networking: guanxi and social network theory. E:CO Special Doble Issue 6: 24-31.
    21. Scott, John. (1991). Social Network Analysis: A Handbook. Great Britain: SAGE Publications.
    22. Scott, John. (2014). A Dictionary of Sociology 4th Ed. Oxford: Oxford University Press.
    23. Uzzi, B. (1996). The sources and consequences of embeddedness for the economic performance of organizations. The network effect. American Sociological Review. 61,674-85.
    24. Wasserman, Stanley & Faust, Katherine. (1994). Social Networks Analysis: Method and Applications. United Kingdom: Cambridge University Press.