Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap kebimbangan pertandingan sukan di kalangan atlet ragbi institut pengajian tinggi di negeri Johor. Subjek kajian terdiri daripada 80 orang atlet ragbi yang mewakili pasukan institusi pengajian tinggi masing-masing di sekitar negeri Johor. Kajian ini telah menggunakan soal selidik yang dibangunkan oleh Smith et al. (2006) Sport Anxiety Scale-2 (SAS-2) sebagai instrumen kajian bagi mengkaji tahap kebimbangan pertandingan sukan atlet ragbi institusi pengajian tinggi di negeri Johor. Ujian kecenderungan memusat menunjukkan min dan sisihan piawai bagi 3 subskala di dalam Sport Anxiety Scale-2 (SAS-2) dengan subskala tahap kerisauan mencatatkan min paling tinggi iaitu 3.34 (SD=1.105) manakala tahap gangguan konsentrasi merekodkan min paling rendah iaitu 2.26 (SD=0.898).