Masalah kebersihan kawasan pelancongan: kajian kes di Pusat Rekreasi Pulau Chekas, Raub, Pahang
List of Authors
  • Jalaluddin Abdul Malek , Mohd Yusof Hussain , Norsahida Ismail , Zurinah Tahir

Keyword
  • Masalah, kebersihan, pelancongan, persekitaran, Pusat Rekreasi Pulau Chekas

Abstract
  • Pelancongan adalah suatu kajian manusia yang bertentangan dengan habitat semula jadi mereka serta penglibatan industri yang bertindak balas kepada keperluan mereka, dan memberi kesan ke atas diri mereka dan industri itu daripada sudut sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran. Sesuatu kawasan pelancongan tersebut tidak akan berjalan dengan lancar sekiranya persekitaran tersebut mempunyai masalah kebersihan dan penyelenggaraan tidak diurus dengan baik. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti masalah kebersihan yang timbul di kawasan kajian iaitu di Pusat Rekreasi Pulau Chekas, Raub, Pahang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah penyelenggaraan kebersihan, dan menganalisis langkah-langkah untuk meningkatkan tahap kebersihan di kawasan tersebut. Kaedah kajian yang digunakan adalah kajian perpustakaan dan kajian lapangan yang melibatkan edaran soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 140 orang pengunjung pusat rekreasi tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa rata-rata pengunjung berpendapat bahawa persekitaran kawasan pusat rekreasi tersebut tidak berada dalam keadaan bersih ekoran longgokan sampah yang tidak diurus dengan baik. Masalah kebersihan di kawasan tersebut perlu diambil perhatian oleh pihak yang sepatutnya dan kerjasama para pengunjung juga sangat dititikberatkan. Oleh itu, kebersihan kawasan rekreasi perlulah dijaga supaya dapat memberi keselesaan kepada para pengunjung di samping dapat memelihara khazanah alam semulajadi. Hal ini juga dapat menjaga imej pusat rekreasi supaya dapat menarik lebih ramai para pengunjung untuk mengunjungi pusat rekreasi dan memperkenalkannya kepada negara luar. Secara keseluruhan, kajian ini dapat mengenalpasti tahap kebersihan di Pusat Rekreasi Pulau Chekas kerana kawasan rekreasi tersebut merupakan salah satu destinasi tumpuan pengunjung kerana kejernihan air sungai semulajadinya. Hasil kajian yang diperoleh akan dapat membantu dijadikan sebagai panduan bagi penyelenggaraan dalam mengatasi masalah kebersihan di pusat rekreasi.

Reference
  • 1. Augustine Nnoruka Okeke. (2018). The Importance of Training In Enhancing Quality Service in Hospitality and Tourism Industry In Nigeria. Journal of Policy and Development Studies. 11(4).
    2. Basri Rashid. (2013). Elemen destinasi dan kesan terhadap pengalaman percutian. Journal of Society and Space. 9(4); 118-127.
    3. Cheong Pik Han. (2014). Penglibatan Komuniti Orang Asli Dalam Sektor Ekopelancongan:Kajian Kes Di Tasik Chini, Pahang. Universiti Kebangsaaan Malaysia.
    4. Chua Lee Chuan. (2006). Sample Size Estimation Using Krejcie and Morgan And Cohen Statistical Power Analysis: A Comparison. Jurnal Penyelidikan IPBL. 7(2006).
    5. Er, A.C, Sivapalan Selvadurai, Ardieansyah, Asmadi & Hamzah Jusoh. (2011). Pembangunan Perindustrian Dan Impak Terhadap Ekonomi Lokal Di Dumai, Riau, Indonesia. Journal of Social Science and Humanities. 6(2): 302-316.
    6. Hamidi Ismail & Md Sirat Abu. (2016). Pengaruh aspek pengalaman ekopelancongan terhadap jangkauan kepuasan pelancong di Malaysia: Kajian kes Melaka. Malaysian Journal of Society and Space. 12(8); 100-109.
    7. Jaffry Zakaria & Nor Azlina Hasbullah. (2009). Pelancongan Rekreasi Berasaskan Cabaran Dan Biodiversiti: Isu Dan Konflik. Persidangan Persekitaran Kebangsaan UKM. Anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, Januari.
    8. Jamluddin Md. Jahi. (2009). Pembangunan Pelancongan dan Impaknya terhadap Persekitaran Pinggir Pantai. Malaysian Journal of Environmental Management. 10(2); 71-88.
    9. Md Shafiin Shukor, Norlida Hanim Mohd Salleh & Siti Hajar Idris. (2017). Impak Pembangunan Pelancongan Terhadap Komuniti Pulau: Kajian di Pulau Tioman, Malaysia. Sains Humanika. 9(4); 37-47.
    10. Mohd Azlan Abdullah, Noraziah Ali, Rosniza Aznie Che Rose, Mohd Fuad Mat Jali & Azahan Awang. (2012). Industri pelancongan dan alam sekitar di Port Dickson: Menyorot titik keseimbangan antara permintaan dan penawaran. Malaysian Journal of Society and Space. 8(7); 135-146.
    11. Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah & Mazdi Marzuki. (2018). Kajian Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Lembah Bernam (Tanjong Malim).
    12. Muhammad Alif Indrayana, Rusdarti & Eko Handoyo. (2018). Consciousness and SocialBehaviour of Visitors Tourism as a Culture Cares Environment (Case Study Places in Tulungagung District). Journal of Educational Social Studies. 7(1).
    13. Nasruddin Hassan & Bushra Abdul Halim. (2012). Pemodelan Matematik dalam Pengurusan Aktiviti Pelancongan Rekreasi di Wetland Putrajaya. Sains Malaysiana. 41(9): 1155–1161.
    14. Nik Sukry Ramli. (2017). Tahun Melawat Pahang (2017). Portal Rasmi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang.
    15. Norlida Hanim Mohd Salleh, Tamat Sarmidi, Redzuan Othman, Abdul Hamid Jaafar & Raudha Md. Ramli. (2011). Kepuasan dan Kesetiaan Pelancong Domestik Terhadap Destinasi Pelancongan Pulau Kapas. Journal of Tropical Marine Ecosystem. 1(2011); 10-12.
    16. Nurain Sahazali & Er Ah Choy. (2013). Ekopelancongan Di Taman Paya Bakau, Seri Manjung, Perak: Persepsi Penduduk Terhadap Impak Pembangunan. Malaysian Journal of Society and Space 9(3):69 - 79.
    17. Perumal C, Zaini Sakawi & Siti Khatijah Zamhari. (2016). Impak ekopelancongan terhadap komuniti tempatan di Malaysia: Kajian kes komuniti nelayan Bagan Lalang, Sepang, Selangor. Malaysian Journal of Society and Space. 12(4); 94- 108.
    18. Rosniza Aznie CR, Mohd Azlan Abdullah, Rozaini R, Rosmiza MZ, Abdul Rahim MN, Mohd Fuad MJ & Novel L. (2012). Potensi tarikan ekopelancongan rekreasi di Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah, Perak. Malaysian Journal of Society and Space. 8(7); 125-134.
    19. Rosniza Aznie CR, Nor Hasyifa A, Rosmiza MZ & Zaini S. (2016). Pengurusan Rekreasi Di Pusat Tumpuan Bandar Bukit Fraser. Journal of Social Sciences and Humanities. 1(2016); 088-096.
    20. Rosniza Aznie Che Rose, Zainor Nizam Zainal Abidin & Rosmiza M.Z. (2018). Kesedaran komuniti terhadap pengurusan kebersihan dalam kawasan perkampungan homestay di Daerah Temerloh. Journal of Society and Space. 14(1); 158-174.
    21. Suyadi. (2015). Pengaruh Program Sapta Pesona terhadap Peningkatan Pengunjung Obyek Wisata Guci Tegal. Jurnal Utilitas 1(2): 2442 – 2241.
    22. Tamaulina BR. Sembiring. (2014). Undang-Undang Pengurusan Tanah Dan Perancangan Pembangunan Di Sekitar Sungai-Sungai Di Daerah Langkat Sumatera Utara. Tesis Dr. Fal, Kolej Undang-Undang Kerajaan Dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia.
    23. Zaini Sakawi, Mohd Hairimi Mohd Ali, Katiman Rostam & Abd Rahim Md Nor. (2010). Impak pengurusan tapak pelupusan ke atas kualiti air sungai di Malaysia: Iktibar dari pengalaman tapak pelupusan Pajam dan Sungai Pajam, Negeri Sembilan. Malaysian Journal of Society and Space. 6(1): 50-59.
    24. Zaleha binti Abu Bakar. (2010). Hutan Bandar Sebagai Taman Rekreasi di Kawasan Perumahan. Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia.