Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Aspek Tatabahasa Pelajar Tingkatan Enam
List of Authors
  • Zamri Mahamod

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan secara terperinci tentang strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tingkatan enam. Secara khususnya, kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam aspek tatabahasa pelajar tingkatan enam ketika di dalam kelas (DDK), di luar kelas (DLK) dan ketika menghadapi peperiksaan( PEP). Seramai 150 orang pelajar tingkatan enam atas di sebuah kolej tingkatan enam, di daerah Saratok, Sarawak dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen soal selidik dengan skala Likert 1-5 digunakan sebagai alat kajian. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package For Social Science (SPSS) versi 22.0 bagi mencari statistik deskriptif, iaitu kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai sahaja. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar tingkatan enam mempunyai strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam aspek tatabahasa yang tinggi ketika DDK, DLK dan ketika PEP. Kesimpulannya, strategi pembelajaran bahasa Melayu ini dapat membantu pelajar tingkatan enam meningkatkan penguasaan kemahiran berbahasa dengan lebih efektif sama ada ketika DDK, DLK dan menghadapi PEP khususnya dalam aspek tatabahasa.


Reference
  • No Data Recorded