Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap kesihatan mental wanita: satu tinjauan awal di kalangan wanita di Selangor
List of Authors
  • Farah Fazlinda Mohamad

Keyword
  • Kesihatan mental, kemurungan, kebimbangan, pandemik COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan

Abstract
  • Masalah kesihatan mental merupakan masalah kesihatan kedua yang menyerang rakyat Malaysia selepas penyakit jantung. Masalah kesihatan mental ini menjadi semakin serius sejak kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia. Hal yang demikian telah memberikan impak yang sangat besar terhadap kelangsungan hidup semua peringkat masyarakat terutamanya golongan wanita. Golongan wanita adalah golongan yang amat terkesan dengan pelaksanaan PKP kerana mereka perlu memegang dan memainkan pelbagai peranan ketika di rumah seperti ibu, isteri, pekerja, suri rumah dan guru. Hal ini telah menjadikan kehidupan mereka lebih mencabar dan ini telah memberikan kesan kepada kesihatan mental mereka. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji impak PKP semasa pandemik COVID-19 terhadap kesihatan mental wanita dari segi tekanan psikologi iaitu kemurungan (depression) dan kebimbangan (anxiety). Kaedah kaji selidik secara atas talian dijalankan bersama 100 orang responden wanita. Instrumentasi kajian ini telah diadaptasikan daripada Patient Health Questionnaire (PHQ-4). Hasil dapatan kajian mendapati bahawa PKP memberikan impak kepada kesihatan mental wanita dari segi tekanan psikologi, kebimbangan dan kemurungan. Selain itu, faktor sosioekonomi juga mempengaruhi kesihatan mental wanita. Kajian ini memberikan kefahaman kepada masyarakat bahawa kesihatan mental wanita adalah isu yang sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua lapisan masyarakat. Oleh itu, masalah kesihatan mental wanita perlulah menjadi agenda utama dalam pembangunan kesihatan mental wanita dan dalam memperkasakan peranan wanita di Malaysia. Intervensi yang bersesuaian juga perlu dilaksanakan oleh kerajaan dan pemegang taruh seperti menyediakan akses dan peluang interaksi sosial untuk membantu wanita mengekalkan kesihatan mental dan kualiti hidup.

Reference
  • 1. Abdul Aziz, A. R., Shafie, A. A. H., Ali, Z. and Dzainal, N. D. S. (2020). Pengamalan Nilai Agama dalam Mengatasi Kemurungan Semasa Pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5(12), 31 44. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i12.593.
    2. Almeida, M., Shrestha, A., Stojanac, D. & Miller, L.J. (2020). The impact of the COVID-19 pandemic on women’s mental health. Archives of Women’s Mental Health, 23, 741-748. Doi: https://doi.org/10.1007/s00737-020-01092-2.
    3. Dagnino, P., Anguita, V., Escobar, K. & Cifuentes, S. (2020). Psychological Effects of Social Isolation Due to Quarantine in Chile: An Exploratory Study. Journal Frontiers in Psychiatry,11, 511142.Doi:https://doi.org/10.3389/fpsyt.2020.591142.
    4. Elengoe, A. (2020). COVID-19 Outbreak in Malaysia. Osong Public Health and Research Perspectives, 11 (3), 93-100.
    5. Hemavathi S., Johan, A., J., Pritiss, N., Chow, S., K. & Ng, C., G. (2020). Impacts of COVID-19 Pandemic on Mental Health in Malaysia: A Single Thread of Hope. Malaysia Journal of Psychiatry Online Early, 29 (1).
    6. Liu, Y.C., Kuo, R.L. & Shih, S.R. (2020). COVID-19: The first documented coronavirus pandemic in history. Biomedical Journal, 43 (4), 328-333. Doi: https://doi.org/10.1016/j.bj.2020.04.007.
    7. Kamilah, K., Karuthan, C., Sheela, S., Heba, B.K., Mohammad, N., Gul, M.B. Areej, S. & Syed, F.A.H. (2020). Coping with COVID-19 and movement control order (MCO): experiences of university students in Malaysia. Heliyon, 6 (11), 5339. Doi: https://doi.org/10.1016/j.heliyon.2020.e05339.
    8. Kotera, Y., Ting, SH. & Neary, S. (2021). Mental health of Malaysian university students: UK comparison, and relationship between negative mental health attitudes, self- compassion, and resilience. Higher Education, 81, 403-419. Doi:https://doi.org/10.1007/s10734-020-00547-w.
    9. Kroenke, K., Spitzer, R. L., Williams, J. B. W., Löwe, B. 2009. An ultra-brief screening scale for anxiety and depression: the PHQ-4. Psychosomatics, 50, 613-621.
    10. Mamun, M.A. & Griffiths, M.D. (2020). First COVID-19 suicide case Bangladesh due to fear of COVID-19 and Xenophobia: Possible suicide prevention strategies. Asian Journal of Psychiatry, 51, 102073. Doi: 10.1016/j.ajp.2020.102073
    11. Mowbray H. 2020. In Beijing, coronavirus 2019-nCoV has created a siege mentality. BMJ,368, 516. Doi: 10.1136/bmj.m516.
    12. Mohamad, A., I. (2021, October 21). Selangor bimbang pesakit mental naik dua kali ganda. Utusan Malaysia. Retrieved from: https://www.utusan.com.my/nasional/2021/10/selangor-bimbang-pesakit-mental-naik-dua-kali-ganda/.
    13. Sampthirao, P. (2016). Self-Concept and Interpersonal Communication. The International Journal of Indian Psychology, 3 (3), 178-189.
    14. Schwartz,J. (2016). Disconnect to Connect in Emotions, Technology, and Behaviours.
    15. Sheela, S., Karuthan, C., Kamilah, K., Mohammad, N., Gul, M.B., Heba, B.K., Syed, F.A.H. & A, S. (2020). Psychological Impact of COVID-19 and Lockdown among University Students in Malaysia: Implications and Policy Recommendations. International Journal of Environmental Research and Public Health, 17 (17), 6206. Doi: 10.3390/ijerph17176206.
    16. Wang, C., Horby, P.W., Hayden, F.G. & Gao, G.F. (2020). A novel coronavirus outbreak of global health concern. Lancet, 39, 470-473. Doi: 10.1016/S0140- 6736(20)301859.
    17. Zaidi, N.F. & Lee, M.F. (2020). Ulasan Elemen Kesihatan Mental Pekerja Wanita Sektor Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia melalui Kaedah Analisis Matrik. Online Journal for TVET Practitioner, 5 (1), 43-50.
    18. Zhang, Y. & Ma, Z.F. (2020). Impact of the COVID-19 Pandemic on Mental Health and Quality of Life among Local Residents in Liaoning Province, China: A Cross-Sectional Study. International Journal of Environmental and Public Health, 17, 2381. Doi: 10.3390/ijerph17072381.