Tahap kesediaan dan sikap guru terhadap perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan: Kajian sistematik terhadap artikel-artkel yang terpilih
List of Authors
  • Khairul Azhar Jamaludin , Vhyshnavi A/P Kanafadzi

Keyword
  • tahap kesediaan, sikap guru, perubahan sistem pendidikan

Abstract
  • Kesediaan dan sikap guru terhadap peredaran baru amat signifikan dalam menujukan kejayaan sesuatu pembaharuan atau reformasi dalam bidang pendidikan. Kertas sistematik ini menganalisis sebanyak sepuluh artikel kajian lepas mengenai tahap dan sikap guru terhadap perubahan sistem pendidikan. Berdasarkan kesemua artikel yang terpilih, kandungan dan konteks setiap kajian dianalisis secara kritis. Perbincangan kajian ini terbahagi kepada lima sub bahagian; rekabentuk penyelidikan, kaedah pengumpulan data, pemilihan sampel, fokus atau isu kajian serta persamaan dan perbezaan antara kajian-kajian yang terpilih. Berdasarkan dapatan dripada kajian-kajian yang dipilih, fokus atau isu kajian yang sering dibincang adalah persepsi/sikap guru-guru terhadap sesuatu sistem perubahan dalam bidang pendidikan dari segi kognitif, afektif dan tingkah laku guru-guru. Antara faktor yang mempengaruhi tahap kesediaan seseorang guru adalah pengetahuan tentang sistem baru yang diperkenalkan, kelayakan akademi (Sijil, Diploma, Ijazah), pengalaman mengajar, kemahiran pengurusan bilik darjah dan pedagogi, latar belakang murid dari aspek pengetahuan, motivasi dan gaya pembelajaran murid yang berbeza, motivasi dan persepsi guru, kemahiran pengintegrasian teknologi dan juga pengaruh iklim organisasi/sekolah. Kesemua faktor tersebut telah dihuraikan secara mendalam dalam kajian-kajian yang terpilih. Terdapat juga penemuan yang mengagumkan seperti fokus atau isu kajian yang dibincangan serta persamaan dan perbezaan antara setiap artikel yang terpilih. Kertas kajian sistematik ini membantu pembaca mengenali dan memahami kajian-kajian lepas mengenai tahap dan sikap guru terhadap perubahan sistem pendidikan.

Reference
  • 1. Abdul Ghani Kanesan, Ruzlan Md. Ali, Shamsuddin Muhammad & Siti Noor Ismail. (2019). The influence of teachers’ perception and readiness towards the implementation of critical thinking skills (cts) practice in mathematics. International Journal of Instruction, 12(2): 337-352.

    2. Aloysius Duran Corebima, Bowo Sugiharto, Herawati Susilo & Ibrohim. (2019). The pre-service biology teacher readiness in blended collaborative problem based learning (bcpbl). International Journal of Instruction, 12 (4): 113-130.

    3. Anshu Miglani & Ashish Kumar Awadhiya. (2017). Mobile learning: readiness and perceptions of teachers of open universities of commonwealth asia. Journal of Learning for Development, 4 (1): 58-71.

    4. Arsaythamby Veloo, Hariharan N. Krishnasamy & Ruzlan Md-Ali. (2015). Teachers’ knowledge and readiness towards implementation of school based assessment in secondary schools. International Education Studies, 8 (11): 193-203.

    5. Fayiz Aldhafeeri & Hamed Al-Awidi. (2017). Teachers’ readiness to implement digital curriculum in kuwaiti schools. Journal of Information Technology Education, 16: 105-126.

    6. Irma-Ain Binti Mohd Md. Som & En. Zolkepeli Bin Haron. (2017). Kesediaan guru mengimplementasikan kbat dalam pembelajaran dan pengajaran matematik sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 18: 147-161.

    7. Jaggil Apa & Muhamad Suhaimi Taat. (2018). Pengaruh kesediaan guru terhadap pengurusan bilik darjah abad ke-21. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 3 (4): 6-22.

    8. Mohd Aizat Abu Hassan, Mohd Faizal Rabani, Mohamad Ekhwan Mohamad Shukor & Mohd Mastifino Abdul Majid. (2018). Sikap guru terhadap perubahan dalam sekolah di Malaysia.

    9. Norazlin Mohd Rusdin. (2018). Teachers’ readiness in implementing 21st century learning. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8 (4): 1293-1306.

    10. Zarina Binti Abdul Rashid. (2016). Tahap kesediaan guru dalam aspek pengetahuan dan keperluan latihan berfokuskan aplikasi kbat. Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor Bahru.