Tahap pengetahuan dan pola penggunaan perkhidmatan kerja sosial di kalangan pesakit: kajian kes di Hospital UKM
List of Authors
  • Mohd Suhaimi Mohamad

Keyword
  • Tahap Pengetahuan, Penggunaan, Perkhidmatan Kerja Sosial, Pesakit

Abstract
  • Artikel ini didasarkan kepada satu kajian yang telah dilakukan untuk mengukur tahap pengetahuan pesakit yang menerima perkhidmatan kerja sosial perubatan. Pengkaji mengandaikan bahawa tahap pengetahuan pesakit mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang ada di Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) mempengaruhi kemungkinan mereka menggunakan khidmat yang ditawarkan itu. Akan tetapi pengetahun dan penggunaan khidmat turut ditentukan oleh latar belakang demografi dan sosio-ekonomi pesakit. Kajian ini dianggap penting terutamanya dalam membantu JKSP menentukan fokus bantuan untuk pesakit. Data diperolehi melalui temubual terhadap 220 responden yang merupakan pesakit di HUKM dari Januari 2002 hingga Disember 2002. Mereka terdiri daripada berbagai-bagai latar belakang etnik, umur, gender, tahap pendidikan, pekerjaan dan pendapatan. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan pesakit di HUKM adalah sederhana dan mempunyai hubungan yang signifikan dengan etnik, umur, tahap pendidikan, pendapatan dan status pekerjaan yakni pada nilai p<.05. Kebanyakkan pesakit yang dirujuk adalah penghidap penyakit kronik yang memerlukan bantuan praktikal dan kewangan. Pola penggunaan perkhidmatan kerja sosial masih dibelenggu oleh pandangan bahawa JKSP berfungsi seperti jabatan kebajikan semata-mata walaupun jabatan berkenaan menawarkan pelbagai khidmat kerja sosial lain yang berfungsi membantu pemulihan pesakit dan keluarga mereka.

Reference
  • Abd. Razak Abd. Manaf, & Zakiyah Jamaluddin. 2002. Kerja sosial: artikel-artikel pilihan. Siri pengajian dan pendidikan Utusan. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
    Adi Fahrudin. 2002. Pengetahuan dan sikap remaja terhadap HIV/AIDS: Kajian kes di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Prosiding Persidangan Kerja Sosial 2002, Universiti Utara Malaysia, hlm. 281 – 291.
    Butrym, Z. 1967. Social work in medical care. New York: Humanities press.
    Carlton, T. 1990. Twenty-five years of advancing hospital social work: A salute to the society for hospital social directors. Journal of Health & Social Work 15: 3 – 9.
    Crabtree, S. 2005. Medical social work in Malaysia. International Social Work. 48 (6), 732-741.
    DuBois, B. & Miley, K. K. 1999. Social work: An empowering profession 4th ed. Boston: Allyn and Bacon Publeshers.
    Farley, O. W., Smith, L. L., Boyle, S. W., & Skidmore, R. A. 2003. Introduction to social work. Boston, MA: Allyn and Bacon.
    Hasnah Sulaiman. 2000. The role of medical social worker today and tomorrow. Kertas Kerja (tidak diterbitkan) Jabatan Kerja Sosial Perubatan. Hospital Kuala Lumpur.
    Ismail Baba. 1998. 'The Need for Professionalism of Social Work in Malaysia', paper presented at Advancing Social Work Education Conference, University Malaysia Sarawak, 16–17 November, Kuching, Sarawak, Malaysia.
    Jaafar Muhamad. 1997. Kelakuan Individu Dari Perspektif Ciri Biografi, Bab 3. Kelakuan Organisasi. Ed. Ke 2., Kuala Lumpur: Leeds Publication.
    Johnson, L. C., & Yanca, S. J. 2004. Social work practice: a generalist approach. Boston: Allyn and Bacon.
    Kathleen, M. T. & Susan, K. 2002. Embodied practice: claiming the body’s experience, agency and knowledge for social work. Social Work 47 (1): 9–20.
    Lwanga, S. K. & Tye, C. Y. 1986. Teaching health statistics. Geneva: World Health Organization.
    Mohd. Suhaimi Mohamad. 2002. Tahap pengetahuan dan pola penggunaan perkhidmatan kerja sosial perubatan di Hospital UKM. Tesis Sarjana Kerja Sosial Perubatan, Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Morales, A. & Sheafor, B. 1998. Social work: A profesion of many faces. Ed. 8. Boston: Allyn and Bacon.
    Sam Mei Aei. 2002. Pengetahuan dan persepsi perkhidmatan kebajikan perubatan Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Tesis Sarjana Kerja Sosial Perubatan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Skidmore, R. A., Thackeray, M. G. & Farley, O. W. 1997. Introduction to social work. Boston: Allyn and Bacon.
    Wan Azmi, R. 1993. Dasar sosial di Malaysia. Kuala Lumpur: Golden Books Center.
    Wan Mohd Razin, W. H., Abdul Hamid, J., Sharudin, M. H., Mohd Razip, S., Mohd Ali, T., Junaidi, K., Zainal Effendy, Z. A., Azhar, M., Mansor, R., Low, C. S., Hew, K. F., Ramesh, S., Rafidah Hanim, M., Umi Adzlin, S., Zanariah, Y., Noor Hasliza, H., Sharyla Azura, M.S., Norzuraidah, Y., Hasmah, H., Azni Yusliza, Y., Saladina Jaszle, J., Tan, W.W., Nor Azilah, Z. & Najihah, A. 1997. Kajian Mengenai Pengetahuan dan Sikap Terhadap AIDS dan Faktor-faktor yang mempengaruhinya ke atas penduduk Kampung Batu 23, Sungai Bibong, Sabak Bernam Pada Bulan Oktober 1995. Buletin Kesihatan Masyarakat 3 : 55 – 75.
    Webb, J. 2002. Medical social work: the reference book. Victoria, B.C.: Trafford.