Sikap dan persepsi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa asing di universiti teknikal
List of Authors
  • Tan Hua An , Tan Tiam Lai

Keyword
  • sikap, persepsi, bahasa Mandarin sebagai bahasa asing, universiti teknikal

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap dan persepsi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa asing di universiti teknikal. Kajian ini menggunakan borang soal selidik atas talian sebagai instrumen untuk mengumpul data. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Seramai 66 orang pelajar yang mengambil kursus bahasa Mandarin di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) terlibat dalam kajian ini. Secara keseluruhan, responden menunjukkan motivasi integratif dan motivasi instrumental yang positif. Kedua-dua motivasi yang positif menghasilkan sikap dan persepsi yang positif terhadap bahasa Mandarin. Sikap dan persepsi yang positif mencetuskan minat dalam mempelajari bahasa Mandarin. Minat ini mendorongkan pelajar mengambil kursus bahasa Mandarin. Ini seterusnya memotivasikan mereka untuk menyambung pembelajaran bahasa Mandarin selepas tamat pembelajaran mereka. Sikap dan persepsi yang positif dalam kalangan pelajar harus diperkembangkan dan dipertingkatkan lagi pada masa hadapan. Hal ini harus diberi perhatian yang sewajarnya agar penambahbaikan yang berterusan dapat diadakan untuk menyesuaikan dengan perkembangan dan trend semasa pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa asing di institusi pengajian tinggi tempatan. Kajian ini diharap dapat memberi informasi kepada warga pendidik bahasa Mandarin untuk meningkatkan lagi kualiti sukatan kursus serta proses pengajaran dan pembelajaran pada masa hadapan.

Reference
  • 1. Ang, L.H. (2008). Malaixiya Botela Daxue Fei Huayi Sheng Hanyu Xuexi Qingkuang Diaocha Yu Fenxi. Haiwai Huawen Jiaoyu. Vol.1, 65-70.

    2. Azman Che Mat & Goh, Y.S. (2010). Situasi Pembelajaran Bahasa Asing di Institut Pengajian Tinggi: Perbandingan antara Bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan Bahasa Perancis. ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education (AJTLHE), Vol.2, No.2, 9-21. Retrieved from http://ejournal.ukm.my/ajtlhe/article/view/10494/3479.

    3. Chen, C.L. (2005). Duiwai Hanyu Jiaoxue Gailun. Shanghai: Fudan Press.

    4. Chua, Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Buku 1 – Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

    5. Fuad Mohamed. (2017). Metodologi Penyelidikan: Panduan Menulis Tesis. Sintok: Penerbit UUM.

    6. Goh,Y.S. & Ng, A.(2004). The Bumiputra Students' Attitude in Learning Mandarin at UiTM Campus Terengganu, Malaysia. Kertas Kerja untuk CSSR (Conference on Science and Social Science Research), 19-21 May, 2004, di Kuching, Sarawak, Malaysia dan Pembentangan Poster di The International Colloquium on Language, Attitudes and Education in Multilingual Cities, 27-28 May, 2004, Brussels, Belgium.

    7. Hieda, N, & Maserah Shabudin. (2012). Sikap dan Persepsi Terhadap Pembelajaran Bahasa Jepun di Kalangan Mahasiswa UKM. Jurnal Linguistik, Jilid 16, 88-103. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/265326366_Sikap_dan_Persepsi_ terhadap_Pembelajaran_bahasa_Jepun_di_kalangan_Mahasiswa_UKM

    8. Liew, H. N. (2017). Malaixiya Gaoxiao Hanyu Zuowei Eryu Jiaoxue Fa Yanjiu. Minzu University of China.

    9. Liu, X. (2000). Duiwai Hanyu Jiaoyu Xue Yin Lun. Beijing: Beijing Language and Culture University Press Co. Ltd.

    10. Malaysiakini (2020). Kian Ramai Golongan Muda Melayu Belajar Mandarin Sebagai Bahasa Ketiga. https://www.malaysiakini.com/news/542496

    11. Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan (Edisi Kelima). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    12. Mohd Najib. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Penerbit UTM.

    13. Norlida Razali. (2015). Foreign Students’ Common Problems in Writing Chinese Characters. International Journal of East Asian Studies, 4(1), 63-78.Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/IJEAS/issue/view/769/Volume%204%20%281%29

    14. Norlida Razali. (2018). Kajian Sikap Dan Persepsi Terhadap Pembelajaran Bahasa Mandarin Dalam Kalangan Pelajar UiTM Kelantan. ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities, Vol. 2, 54-69.

    15. Online BH (2018). Mahir Bahasa Asing Buka Lebih Peluang Kerja. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/396747/mahir-bahasa-asing-buka-lebih-peluang-kerja

    16. Sabitha, M. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Selangor: Prentice Hall/Pearson Malaysia.

    17. Tan, H.A. & Tan, T.L. (2021). Kajian Situasi Pembelajaran Bahasa Mandarin Sebagai Bahasa Asing Dalam Kalangan Pelajar Universiti Teknikal. Jurnal Dunia Pendidikan, 3 (2), 334-343.

    18. Tan, T.L. & Norul Haida Reduzan. (2013). Kata Ganti Nama Diri Orang dalam Bahasa Cina dan Bahasa Melayu: Satu Analisis Kontrastif. Pendeta: Jurnal Bahasa, Pendidikan dan Sastera Melayu. Vol 4, 162-179

    19. Teh, H. S. (2015). Bab 1: Pengenalan. Retrieved fromhttp://studentsrepo.um.edu.my/5521/3/BAB_1.pdf.