Perubahan Guru Dalam Amalan dan Pegangan: Peranan Kolaborasi
List of Authors
  • Mohd Izham Mohd Hamzah

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan mengenai peranan kolaborasi dalam perubahan guru dalam aspek pegangan dan amalan. Dapatan dari kajian lepas mendapati bahawa kolaborasi memainkan peranan sebagai faktor yang menyokong perubahan guru. Selain itu, bekerja secara kolaboratif dapat mengubah amalan dan pegangan guru dan membantu dalam proses perubahan. Di mana, hasil bekerja secara kolaboratif ini memberi masa untuk membuat refleksi dan dapat mengubah amalan guru di dalam kelas untuk kebaikan pelajar. Dapatan dari kertas konsep ini memberi implikasi kepada dasar pendidikan negara melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam memperkukuhkan budaya teladan rakan setugas bagi meningkatkan kecemerlangan profesional melalui pementoran, pembangunan dan perkongsian amalan terbaik. Selain itu, program Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) akan diperluaskan dalam menggalakkan amalan kolaborasi di sekolah. Kesimpulannya, kolaborasi dapat membantu dalam proses perubahan dan sokongan pemimpin sekolah adalah diperlukan untuk memastikan budaya kolaborasi di amalkan dan membantu guru menghadapi proses perubahan supaya matlamat pendidikan dapat di capai.


Reference
  • No Data Recorded