Faktor dan modus operandi jenayah ragut: satu kajian kualitatif
List of Authors
  • Khairi Anuar Rusli , Nur Hafizah Yusoff

Keyword
  • Jenayah, modus operandi, pegawai penyiasat, penyalahgunaan dadah, sosiologi, ragut

Abstract
  • Artikel ini menghujahkan tentang penerokaan modus operandi kes ragut kajian menurut perspektif pegawai yang menjalankan soal siasat. Kejadian jenayah ragut di Malaysia amat membimbangkan masyarakat kerana adakalanya mendatangkan kecederaan dan kematian. Fokus utama kajian ini adalah membincangkan faktor-faktor yang mendorong penjenayah ragut melakukan jenayah ragut dan meneliti modus operandi penjenayah ragut. Penelitian dilakukan turut melihat samada terdapat perbezaan modus operandi jenayah ragut yang dilakukan oleh penjenayah pada masa dahulu dan kini. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual semi struktur terhadap pegawai yang menyoal siasat penjenayah ragut. Seramai lima orang pegawai penyiasat yang berpengkalan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang. Kesemua informan mempunyai pengalaman menyoal siasat orang kena tahan (OKT) termasuk mereka yang terlibat dalam jenayah ragut. Analisis tematik digunakan bagi proses menganalisis data. Hasil kajian mendapati bahawa faktor penyalahgunaan dadah amat mempengaruhi penjenayah melakukan jenayah ragut. Manakala penggunaan motosikal merupakan modus operandi yang sangat popular untuk penjenayah melakukan ragut. Tiada perbezaan yang ketara dari segi modus operandi penjenayah dahulu dan kini dalam melakukan jenayah ragut. Maka dengan itu, Polis Diraja Malaysia disarankan untuk mempertingkatkan kecekapan dan kepantasan untuk mengurangkan peluang penjenayah untuk melakukan jenayah ragut. Dengan melakukan strategi yang betul serta penggunaan teknologi canggih mampu mengurangkan jenayah ragut di Malaysia.

Reference
  • 1. Ainur Zaireen Zainuddin & Jalaluddin Abdul Malek. (2010). Keberkesanan program bandar selamat dari perspektif penduduk. Kajian kes Bandaraya Shah Alam. Jurnal Teknologi, 53, 13-34.
    2. Alabi. T. (2017). Youth’s unemployment and crime control: an analysis of Nigerian experience. European Scientific Journal, 10(2), 301-302.
    3. Blackburn, R. (1993). The Psychology of Criminal Conduct: Theory, Research and Practice. Chichester: John Wiley & Sons.
    4. Block, R. L. &, & Block, C. R. (1995). Space, Place and Crime: Hot Spot Areas and Hot Places of Liquor Related Crime. Crime Prevention Studies, 4, 145-184.
    5. Eck J. E., Clarke R. V., Guerette R. T. (2007). Risky facilities: Crime concentration in homogeneous sets of establishments and facilities. In Farrell G., Bowers K. J., Johnson S. D., Townsley M. (Eds.), Imagination for crime prevention: Essays in honour of Ken Pease. Crime prevention studies–Vol. 21 (pp. 225-264). Monsey, NY: Criminal Justice Press.
    6. Faizah Latiff. (2015). Kea rah pengurangan indeks jenayah jalanan di Pusat Bandar Kuala Lumpur. GEOGRAFIA Malaysian Journal of Society and Space, 11(4), 97-107.
    7. Fonagy. P. (1996). Attachment Theory and Psychoanalysis. New York: Other Press,
    8. John, F. M., Peter, G. G., & David, P. F. (2012). Explaining criminal careers: implications for justice policy. United Kingdom: Oxford University Press.
    9. Kostadis, J. P. (2017)., “Hunger makes a thief of any man”: Poverty and crime in British colonial Asia, European Review of Economic Historry 21(1), 1–28. https://doi.org/10.1093/ereh/hew019
    10. Latif, F., & Nordin, N. (2015). Penggunaan Space Syntax dalam Penentuan Kawasan Risiko Jenayah di Bandar. GEOGRAFI, 3(1), 79 - 91.
    11. Mohamad Shahrudin Samsurijan, Mohd Yusof Hussain, Azima Abd Manaf, Rosniza Aznir Che Rose, Novel Lyndon & Mohd Fuad Mat Jali. (2012). Isu keselamatan dalam kesejahteraan komuniti ‘kampung dalam bandar’ di Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman. GEOGRAFIA Malaysian Journal of Society and Space, 8(8), 112-120.
    12. Mohammud Nazirul Mohd Noh. (2016). Persepsi kejiranan terhadap faktor yang mendorong perlakuan jenayah (Tesis). Akses daripada Universiti Teknologi Malaysia.
    13. Monk, K., Heinonen, J. A., & Eck, J. E. (2010). Street Robbery the Problem of Street Robbery What This Guide Does and Does Not Cover. Retrieved from http://www.popcenter.org/problems/street_robbery/print/.
    14. Nor-Ina Kanyo, Norizan Hj Md. Nor, Ruslan Rainis, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman & Norita Jubit. (2015). Mengurus ruang jenayah: satu tinjauan dasar pengurangan jenayah di Malaysia. GEOGRAFIA Malaysian Journal of Society and Space, 11(2), 107-117.
    15. Okafor, E. E. (2011). Youth Unemployment and Implications for Stability of Democracy in Nigeria. Journal of Sustainable Development in Africa, 13(1), 122-131.
    16. Seng Boon Lim, Yong Chee Kong, Mohd Fadzil Abdul Rashid & Jalaluddin Abdul Malek. (2020). A framework of challenges facing the safe city programme in Kuala Lumpur. Planning Malaysia, 18(4), 47-61.
    17. Suhaili Shahril & A’dawiyah Ismail. (2020). Punca-punca keganasan terhadap wanita di tempat awam: kajian di Kuala Lumpur. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 21(1), 235-252.
    18. Syazwan Msar. (2017). Kes ragut dan samun meningkat. Akses daripada https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/12/290289/kes-ragut-dan-samun-meningkat.
    19. Yew, E., L. (2012). Situation Analysis of snatch theft issues in Malaysia. Kuala Lumpur: MMU University.
    20. Zarina Othman, Nor Azizan Idris & Mohamad Daud Drius. (2015). Penyalahgunaan dadah sebagai ancaman keselamatan: Analisis keberkesanan program kerajaan dalam mengekang pengrekrutan penagih dadah di Malaysia. GEOGRAFIA Malaysian Journal of Society and Space, 11(13), 60-71.