Perkaitan Antara Gaya Hidup Dengan Komposisi Badan Dalam Kalangan Pelajar Kolej Profesional Mara Semasa Pandemik COVID-19
List of Authors
  • Mohd Radzani Abdul Razak

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Gaya hidup yang sihat dan seimbang dikaitkan dengan pelbagai manfaat ke atas kesihatan terutamanya terhadap komposisi badan. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji perkaitan antara gaya hidup dengan komposisi badan dalam kalangan pelajar Kolej Profesional MARA (KPM) semasa situasi pandemik COVID-19. Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar KPM di 6 buah KPM di Malaysia. Kaedah penentuan sampel adalah menggunakan jadual penentuan sampel Krecjie dan Morgan (1970) dan menggunakan kaedah pensampelan berstrata. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik Physical Activity and Lifestyle Questionnaire (PAL-Q) dan penilaian komposisi badan BMI dan WHR. Dapatan menunjukkan bahawa 190 orang adalah lelaki dan 316 orang adalah perempuan. Dapatan gaya hidup menunjukkan bahawa 9.1% adalah perokok, 11.5% adalah pengguna e-rokok, 0.4% adalah mengambil alkohol, 99.0% adalah kurang aktif dalam gaya hidup umum, 56.1% adalah sangat aktif dalam tingkah laku senaman, dan 96.4% adalah mengamalkan tabiat pemakanan yang sederhana aktif. Dapatan BMI pelajar adalah berada dalam kategori ideal (50.2%) dan WHR dikategorikan baik (30.4%). Terdapat hubungan negatif yang sangat lemah antara gaya hidup merokok (r = -0.162; p = 0.0001) dan tingkah laku senaman (r = -0.097; p = 0.029) dengan WHR. Terdapat hubungan negatif yang sangat lemah yang signifikan antara gaya hidup penggunaan e-rokok dengan BMI (r = -0.148; p = 0.001). Terdapat hubungan negatif yang sangat lemah yang signifikan antara BMI dengan WHR (r = -0.168; p = 0.0001). Oleh itu, pelajar haruslah sedar bahawa gaya hidup mempunyai perkaitan dengan komposisi badan yang harus dijaga kerana ia dapat mempengaruhi tahap kesihatan pelajar.


Reference
  • No Data Recorded