Amalan kebersihan makanan dalam kalangan pengendali makanan kantin sekolah di Ampang Selangor
List of Authors
  • Khairil Anuar Mohamed , Mohd Yusof Hussain , Zaini Sakawi

Keyword
  • Pengendali makanan, kantin sekolah, makanan selamat, kebersihan makanan

Abstract
  • Pengendali makanan di kantin sekolah memainkan peranan yang sangat signifikan terhadap keselamatan makanan kepada para pelajar. Makanan yang selamat disajikan memerlukan pengendali yang kompeten dan berpengetahuan terhadap ilmu kebersihan makanan. Penyediaan makanan di kantin sekolah perlu dipastikan berada dalam keadaan selamat bagi menjamin tidak berlakunya kejadian keracunan makanan. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan mengenai kebersihan dan keselamatan makanan 100 orang pengendali makanan di kantin sekolah yang dipilih secara rawak dari dua (2) orang pengendali makanan di 54 buah premis kantin di seluruh Ampang Selangor. Analisis deskriptif yang dijalankan berhubung tahap pengetahuan terhadap amalan kebersihan pengendali semasa bertugas menunjukkan terdapat hubungan antara pengetahuan dan amalan semasa menjalankan tugas. Pengendali makanan dinilai melalui amalan dan sikap ketika mengendalikan makanan. Pengendali makanan di kantin sekolah perlu dilatih berhubung amalan pengendalian makanan yang bersih. Pemantauan oleh pihak pentadbir sekolah termasuklah PIBG akan membuahkan hasil yang lebih baik terhadap tahap amalan kebersihan dalam penyediaan makanan di kantin sekolah. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan terhadap kebersihan adalah memuaskan. Namun demikian terdapat ruang penambahbaikan yang masih boleh dipertingkatkan bagi membendung kejadian kes keracunan makanan di kantin sekolah. Pengendali makanan perlu lebih peka dengan ilmu keselamatan makanan yang amat perlu diterapkan secara berterusan di kantin sekolah bagi menjamin mutu makanan di kantin sekolah dapat dipertingkatkan serta dapat memulihara kebersihan dan kualiti makanan yang disajikan kepada para pelajar.

Reference
  • 1. Adler, k. (1999). Recommendation on bare-hand contact with ready-to-eat foods finalized by Microcommitte. Food Chemistry News 41 (33): 9.
    2. Aishah (2003). Applied food sanitation. Foodbourne disease outbreak 5 years Summary 1997-2002 : 23-37.
    3. Akta Makanan (1983) (Akta 281) & Peraturan-peraturan makanan 1985. Peraturan-peraturan kebersihan makanan 2009.
    4. Barrie, D. (1996). The provision of food and catering services in hospital. Journal of Hospital Infection 33: 13–33.
    5. Bas, M., Ersun, A.S. & Kıvanc, G. (2006). The evaluation of food hygiene knowledge, attitudes and practice of food handlers in food businesses in Turkey. Food control 17: 317–322.
    6. Bean, N.H., Griffin, P.M., Goulding, J.S. & Ivey, C,B. (1990). Foodborne DiseaseOutbreak 5 years Summary, 1983-1987. Journal Food Protection 53 (8): 711-728.
    7. Bryan, F.L. (1992). The Educational Foundation. Applied Foodservice Sanitation(AFS). Course Book, Edi. ke - 4. Chicago.
    8. Clayton, D., Griffith, C., Price, P. & Peters, A. (2002). Food handlers’beliefs and selfreported practices. Int. J. Env. Health Res 12: 25–39.
    9. Clingman, C.D. (1977). Food service management certification: the NIFI program.Journal of Food Protection 40: 2574-258.
    10. Davis, G., Seyler, D.L., Holton, E.F., Bates, R.A., Burnett, M.F. & Carvalho, M.A. (1998). Factors affecting motivation to transfer training. International Journal of Training and Development 1: 2-1.
    11. Ebru, Y. Ç. & Zeynep, Y. (2019). Investigation of the Awareness and Habits of Secondary School Students about Cleanliness and Hygiene from Various Variables. International Education Studies, 12( 4). ISSN 1913-9020 E-ISSN 1913-9039.
    12. Eheri, J.E., Morris, G.P. & McEwen, J. (1997). A survey of HACCP implementation in Glasgow: is the information reaching the target. International Journal of Environmental Health 7: 71-84.
    13. FOMCA, M.S. (2012). Keracunan makanan mikrobiologi. Institut Teknologi Malaysia Makanan (MIM): 74.
    14. Food and Drug Administration, U.S. Department of Health and Human Services, Public Health Service. (1999). Food Code, Annex 5 HACCP Guidelines.
    15. Jurnal Pengguna Malaysia (2012). Kebersihan kantin Sekolah Tanggungjawab Bersama (JPM). Jun: Jilid 2
    16. Marry Steward. (2000). An outbreak of Camphylobacter food poisoning at a university campus. Communicable Disease and Public Health, 2: 39–42.
    17. Mazni, S., See, T. P. & Mohamed Azam, M. A. 2013a. Hygiene Practices of food handlers at Malaysian Government Institutions Training Centres. Procedia – Social and Behavioral Sciences 85: 118-127.
    18. Miles, J. A. (2012). Management and organization theory. Jossey-Bass A WileyImprint.
    19. Mortlock, M.P., Peters, A.C. & Griffith, C. (1999). Food hygiene and HACCP in the UK food industry: practices, perceptions and attitudes. Journal of Food Protection 62: 786-792.
    20. Ovca, A., Jevsnik, M. & Raspor (2017). Future professional food handlers perspectives towards food safety. British Food Journal 119(2): 411-424.
    21. Panduan Pengurusan Kantin Sekolah. (2014). Buletin Keselamatan Makanan. Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
    22. Perrini, F, Castaldo S, Misani N, Tencati A. 2010. The Impact of corporate social responsibility associations on trust in organic products marketed bymainstrem retailers: A study of Italian consumers. Business Strategy and the Enviroment 19, 512-526.
    23. Pitchler, J., Ziegler, J., Aldrian, U. & Allerberger, F. 2014, Evaluating levels of knowledge on food safety among food handlers from restaurant and various catering businesses in Vienna, Austria 2011/2012. Food Control 35(1):34-40.
    24. Wilson, M., Murray, A.E., Black, M.A. & McDowell, D.A. (1997). The implementation of Hazard analysis and critical control points in hospital catering. Managing Service Quality 7:150–156.