Pengaruh Sosioekonomi Keluarga Terhadap Pencapaian Bahasa Inggeris Murid Sekolah Rendah Di Daerah Melaka Tengah
List of Authors
Anuar Ahmad, Nor Shahida Daud
Keyword
Pengaruh Sosioekonomi Keluarga, Tahap Pencapaian Bahasa Inggeris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap sosioekonomi keluarga dan pencapaian Bahasa Inggeris murid sekolah rendah di daerah Melaka Tengah serta mengkaji pengaruh faktor sosioekonomi terhadap pencapaian tersebut. Kajian ini melibatkan 379 murid daripada enam buah sekolah rendah di daerah Melaka Tengah dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pencapaian Bahasa Inggeris murid berada pada tahap tinggi, dengan majoriti murid mencapai tahap TP5 dan TP4. Selain itu, faktor sosioekonomi seperti tangga gaji ibu bapa, sektor pekerjaan, taraf pendidikan, dan latar belakang keluarga mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pencapaian murid. Konstruk tangga gaji didapati menyumbang secara dominan kepada pencapaian Bahasa Inggeris, di mana murid dari keluarga berpendapatan tinggi menunjukkan akses yang lebih baik kepada sumber pendidikan. Kajian ini menegaskan bahawa status sosioekonomi keluarga memainkan peranan penting dalam pencapaian murid dan menyeru pelaksanaan langkah intervensi seperti sokongan tambahan dan pendekatan pendidikan inklusif untuk membantu murid daripada keluarga berpendapatan rendah. Kajian ini memberikan sumbangan baharu kepada pemahaman mengenai hubungan antara faktor sosioekonomi dan pencapaian akademik, khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.