Penggunaan Tema “Kemakmuran Negara Kita” Dan Pengetahuan Tentang Konsep Kepelbagaian Budaya Dalam Kalangan Murid
List of Authors
  • Anuar Ahmad

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kepelbagaian budaya merupakan satu keunikan bagi sesebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Namun begitu, perbezaan budaya yang tidak diuruskan dengan baik akan menimbulkan konflik dan perbalahan antara masyarakat. Kajian ini dilaksanakan bagi melihat sama ada kandungan dalam tema “Kemakmuran Negara Kita” dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang konsep kepelbagaian budaya. Ujian pra dan pasca berkaitan konsep kepelbagaian budaya telah dijadikan sebagai instrumen kajian. Seramai 60 orang murid Tahun 6 di sebuah sekolah yang terletak di Kajang telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini bersifat kuantitaif dengan menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Hasil kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan skor dalam ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Perbandingan skor untuk ujian pasca memaparkan peningkatan yang lebih tinggi dalam kumpulan rawatan dan didapati juga faktor jantina tidak mempengaruhi tahap pengetahuan murid tentang konsep kepelbagaian budaya. Kajian ini menunjukkan penambahbaikan terhadap reka bentuk buku teks Sejarah perlu dilakukan secara berkala supaya kandungannya lebih sesuai dengan keperluan dan minat murid. Guru juga perlu mempelbagaikan cara penggunaan buku teks dalam menyampaikan isi pelajaran. Ibu bapa dan guru haruslah memainkan peranan mereka dalam menggalakkan murid untuk lebih mengenali budaya masyarakat lain. Ringkasnya, kajian ini memberi gambaran tentang tahap pengetahuan murid tentang konsep kepelbagaian budaya dan keberkesanan tema “Kemakmuran Negara Kita” dalam membantu murid lebih memahami konsep tersebut.


Reference
  • No Data Recorded