Onset mora dalam dialek Kelantan: analisis tatatingkat kekangan
List of Authors
  • Adi Yasran Abdul Aziz , Zaharani Ahmad

Keyword
  • Mora, kata prosodik, onset kompleks, geminat, kekangan

Abstract
  • Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan perilaku fonologi yang dinamakan onset mora (moraic onsets). Kewujudan onset mora telah dinafikan dalam teori mora standard yang dipelopori dan dikembangkan oleh ahli-ahli fonologi seperti Hyman (1985), Hayes (1989), Gordon (1999), dan Moren (1999). Mereka berpendapat bahawa onset mora tidak wujud kerana dalam kebanyakan bahasa onset tidak berpotensi untuk mengalami proses prosodik. Bagaimanapun, kajian merentasi sempadan linguistik mutakhir mendapati bahawa terdapat banyak bahasa dan dialek yang membenarkan proses prosodik berlaku pada posisi onset seperti Bella Cola, Samothraki Greek, Trukese, Marshallese, Trique, Bellonese, Piraha, Karo, Arabela, Woleaian, Swiss German, Kabardian, Berber, Patani, Kelantan, dan Terengganu. Kajian ini secara khusus akan meneliti fenomena onset mora dalam dialek Kelantan dengan menggunakan kerangka teori optimaliti yang menggabungkan peringkat fonologi prosodik dan juga segmental. Hasil analisis mendapati bahawa kata prosodik dalam dialek Kelantan bersamaan dengan kaki (foot), iaitu dua suku kata di bawah analisis segmental. Kekangan ini menyebabkan input yang mengandungi tiga suku kata akan menggugurkan suku kata pertamanya untuk membentuk output yang bersuku kata dua. Dalam teori mora standard, penguguran segmen menyebabkan pengapungan mora yang kemudiannya dihubungkan dengan vokal yang berdekatan lalu menghasilkan vokal panjang. Walau bagaimanapun analisis ini tidak dapat menjelaskan fenomena onset geminat seperti dalam kata [ssaka] (pusaka) dalam dialek Kelantan. Dalam analisis teori optimaliti, masalah ini ditangani dengan meletakkan kekangan TIADA VOKAL PANJANG (*VP) lebih tinggi daripada kekangan TIADA GEMINAT (*GEM) dalam hierarki kekangan. Tatatingkat ini membolekan calon onset geminat muncul sebagai output optimal. Analisis ini juga secara langsung meyarankan bahawa onset boleh mengandungi mora.

Reference
  • Adam, G. 2002. From variable to optimal grammar: evidence from language acquisition and language change. Disertasi Dr. Fal. Tel-Aviv University. (Atas talian). http://roa.rutgers.edu/view.php3?roa=567 (4 Januari 2003).
    Ajid Che Kob. 1985. Dialek geografi Pasir Mas. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Clements, G. Nick. 1990. The role of sonority in core syllabification. Dlm. Kingston, J. & Beckman, M. (Pnyt.). Papers in Laboratory Phonology 1. Cambridge, Mass.: Cambridge University Press. Hlm. 283-333.
    Gordon, M. 1999 Syllable Weight: Phonetics, Phonology and Typology. Disertasi Dr. Fal. UCLA. Versi terbitan 2006. London: Routledge.
    Hayes, Bruce. 1989. Compensatory lengthening in moraic phonology. Linguistic Inquiry. 20: 253-306.
    Hewitt, M. 1994. Deconstructing foot binarity in Koniag Alutiiq. Ms., University of British Columbia, Vancouver. (Atas talian). http://roa.rutgers.edu/view.php3?roa=12. (5 November 2003).
    Howe, D. 2003. Segmental phonology. University of Calgary, Kanada. (Atas talian). http://www.fp.ucalgary.ca/howed/phonology.pdf. (27 Julai 2003).
    Hyman, Larry M. 1985. A Theory of Phonological Weight. Dordrecht: Foris.
    Ito, J. & Mester R.A. 1998. Markedness and word structure: OCP effects in Japanese. (Atas talian). http://roa.rutgers.edu/view.php3?roa=255. (7 Februari 2003).
    Kennedy, R. 2003. Confluence in phonology: evidence from Micronesian reduplication. Disertasi Dr. Fal. University of Arizona. (Atas talian). http://roa.rutgers.edu/view.php3?roa=606. (4 November 2003).
    McCarthy, J.J & Prince, A.M. 1993a. Generalized alignment. Dlm. Booij, G. & Marle, J. (Pnyt.). Yearbook of Morphology 1993. Hlm. 79-153. Dordrecht: Kluwer. Technical report #7, Rutgers University Center for Cognitive Science, 1993. (Atas talian). http://roa.rutgers.edu/view.php3?roa=7. (31 Mei 2003).
    McCarthy, J.J. & Prince, A.M. 1993b. Prosodic morphology I: Constraint interaction and satisfaction. Massachusetts: MIT Press. Technical report #3, Rutgers University Center for Cognitive Science.
    McCarthy, J.J. & Prince, A.M. 1994. The emergence of the unmarked: Optimality in prosodic morphology. (Atas talian). http://roa.rutgers.edu/view.php3?roa=13. (5 November 2003).
    McCarthy, J.J. & Prince, A.M. 1995a. Prosodic morphology. Dlm. Goldsmith J. A. (Pnyt.). The handbook of phonological theory. Hlm. 318-366. Massachusetts: Blackwell Publisher.
    McCarthy, J.J. & Prince, A.M. 1995b. Faithfulness and reduplicative identity. Dlm. Beckman, J.N., Dickey, L.W. & Urbanczyk, S. (Pnyt.). University of Massachusetts occasional papers in linguistics 18: Papers in Optimality theory. Amherst, MA: Graduate Linguistic Student Association.
    McCarthy, J.J. 2001. Optimal paradigms. (Atas talian). http://roa.rutgers.edu/view.php3?roa=485. (8 Februari 2003).
    Moren, B. 1999. Distinctiveness, coercion and sonority: A unified theory of weight. Disertasi Dr. Fal. University of Maryland, College Park. (Atas talian). http://roa.rutgers.edu/view.php3?roa=346. (5 November 2003).
    Oostendorp, M.v. 1995. Vowel quality and syllable projection. Tesis Ph.D. Tilburg University. (Atas talian). http://roa.rutgers.edu/view.php3?roa=84. (5 November 2003).
    Prince, A.M. & Smolensky, P. 1993/2002. Optimality theory: Constraint interaction in Generative grammar. New Brunswick, NJ. Rutgers University Center for Cognitive Science. Technical report RuCCS-TR-2.
    Roca, I. & Johnson, W. 1999. A course in phonology. Oxford: Blackwell Publishers.
    Spaelti, P. 1994. Weak edges and final geminates in Swiss German. Ms., University of California, Santa Cruz. (Atas talian). http://roa.rutgers.edu/view.php3?roa=18. (9 April 2003).
    Topintzi, N. 2006. Moraic onsets Disertasi Dr. Fal. University of London. (Atas talian). http://roa.rutgers.edu/view.php3?id=1190. (4 Mac 2007).
    Zaharani Ahmad. 1996. Teori Optimaliti dan analisis deretan vokal bahasa Melayu. Dewan Bahasa. 40(6): 512-527.