Pola bekerja sambilan kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Melaka Tengah dan implikasinya terhadap prestasi pembelajaran di sekolah
List of Authors
Hasnah Ali , Noraziah Ali , Ranimah Yusuf
Keyword
Buruh/ pekerja Kanak-kanak, Pelajar Bekerja Sambilan, Implikasi Pembelajaran, Daerah Melaka Tengah
Abstract
Perkembangan pesat Daerah Melaka Tengah yang berkait rapat dengan urbanisasi dan globalisasi telah menjana banyak peluang pekerjaan di pelbagai sektor ekonomi. Pelajar sekolah menengah adalah sebahagian daripada tenaga kerja sambilan yang telah mengisi jawatan kosong di pelbagai kompleks membeli-belah, gerai makanan, bengkel, kilang dan sebagainya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pola pekerjaan pelajar dan implikasinya terhadap pendidikan pelajar di Melaka Tengah. Seramai 126 pelajar yang dipilih secara purposif di lima buah sekolah menengah telah dikajiselidik di sekitar pertengahan tahun 2007. Kajian mendapati sebahagian besar responden bekerja dalam sektor perkhidmatan secara sambilan, iaitu selepas habis sekolah, pada cuti hujung minggu dan cuti sekolah. Dengan bekerja mereka berhadapan dengan kekangan masa dan fizikal untuk melakukan aktiviti pembelajaran di luar masa sekolah seperti mengulangkaji, menyiapkan kerja sekolah di rumah, kokurikulum dan lain-lain. Walau bagaimanapun, pendapatan yang perolehi pelajar daripada pekerjaan sambilan didapati membantu ekonomi keluarga, memenuhi keperluan kendiri dan menimbulkan rasa keyakinan diri kepada mereka. Banyak isu berbangkit berhubung dengan senario ini. Misalnya terdapat pelajar yang terpaksa bekerja untuk menampong kewangan keluarga kerana kemiskinan, dan ramai juga pelajar terdorong bekerja untuk membeli peralatan moden (telefon bimbit, baju berjenama, top-up dll) untuk gaya hidup semasa, dan paling serius ialah mereka kurang fokus terhadap pelajaran. Justeru, fenomenon pelajar bekerja sambilan dibimbangi menggugat pendidikan mereka.
Reference
Awab Said 2003. Pelajar Bekerja Sambilan. Tinjauan di beberapa Sekolah Menengah di Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah Universiti Malaya (tidak diterbitkan).
Fauziah Abdul Ghani 2003. Penglibatan Pelajar dalam Kerja Sambilan. Kajian di Sekolah Menengah Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah Universiti Malaya (tidak diterbitkan).
Goh Cheng Chuan 2005. Panduan kepada Akta Pekerjaan dan Undang-undang Buruh Malaysia untuk Majikan dan Pekerja. Petaling Jaya: Leeds Publication.
Holland A. & Andre A. 1987. Participation in extracurricular activities in secondary school: What is known, what need to be known? Review of Education Research 57 page 437 – 466.
Noraziah Ali 2007. Pola Makan di Luar dan Implikasinya ke atas Pengamal. Dalam Haslina Hassan (pyt) Dinamika Masyarakat Bandar Malaysia ke arah Kualiti Hidup Mapan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Noor Azman Hassan 2005. Hubungan Kerja Sambilan dengan Prestasi Akademik dan Penglibatan Aktiviti Sekolah di kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Daerah Tangkak, Johor. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia (tidak diterbitkan).
See Hoon Peow 2007. The Law and Child Labour in Malaysia. Subang Jaya: Pelanduk Publication.