Penggunaan Flip Note Differentiation: Kajian kes di Politeknik Ibrahim Sultan
List of Authors
  • Munirah Salleh

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Flip Note Differentiation merupakan helaian nota ringkas mengenai formula matematik bagi topik pembezaan. Penerangan formula diletakkan di dalam kotak yang berwarna terang supaya mudah dilihat. Flip Note Differentiation ini dibangunkan dengan menggunakan kertas pelekat papan putih dan kalendar terpakai. Nota pembelajaran ditampal di atas kalendar terpakai yang berbentuk selakan bagi memudahkan pelajar untuk membuat ulangkaji. Nota ini membantu pelajar untuk mengingati, mengenalpasti dan membezakan formula matematik tersebut. Kalendar ini sangat sesuai digunakan untuk semua pelajar Semester Dua ketika di dalam kelas Matematik Kejuruteraan 2. Ia adalah idea asli yang dicipta untuk memudahkan pelajar memahami formula pembezaan sekaligus memudahkan membuat jalan kerja dengan betul bagi setiap masalah. Sebelum ini nota yang sedia ada hanya di dalam buku sahaja. Selain itu, ia boleh membantu pelajar yang lemah untuk memahami dengan lebih baik dan sistematik. Keseluruhan   hasil maklumbala daripada pelajar yang menggunakan Flip Note Differentiation adalah sangat memuaskan.


Reference
  • No Data Recorded