Politik penaungan dalam pilihanraya di Sarawak: kajian kes di DUN N.34 Batang Ai semasa Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11
List of Authors
  • Anthony Tutong , Neilson Ilan Merat

Keyword
  • Politik penaungan, konsep timbal balas, Tungkus Asi dan Ritual Miring

Abstract
  • Kajian ini menjelaskan tentang peranan politik penaungan semasa pilihan raya DUN ke-11 Sarawak pada tahun 2016. Kajian ini juga bertujuan untuk membuktikan sama ada unsur-unsur politik lama masih dominan dalam proses politik pada hari ini terutamanya di kawasan pinggiran di Sarawak seperti di DUN N.34 Batang Ai. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan variasi-variasi politik penaungan yang telah digunakan oleh calon untuk mendapatkan sokongan politik semasa pilihan raya. Di samping itu, untuk menganalisis sama ada kegagalan pengagihan RTP dan MRP kepada penduduk setempat memberi kesan kepada sokongan politik. Objektif ketiga ialah untuk menjelaskan tentang hubungan amalan ritual dengan politik penaungan yang selalu digunakan oleh calon semasa pilihan raya di kawasan majoriti Iban. Dalam kajian ini, pendekatan kualitatif digunakan bagi menjelaskan tentang politik penaungan semasa pilihan raya berfokus kepada pilihan raya di DUN ke-11 N.34 Batang Ai pada tahun 2016. Metod lain ialah metod temubual, pemerhatian umum dan pemerhatian turut serta juga telah digunakan. Ketiga-tiga metod ini amat relevan dalam pengumpulan data untuk menjawab objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa landskap politik di kawasan kajian masih lagi dipacu oleh dominasi politik penaungan. Variasi politik penaungan seperti RTP dan MRP, Lawatan Sambil Belajar, Projek Baik pulih Rumah, Tungkus Asi, Pelantikan Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat, Ahli Majlis Daerah dan penggunaan Amalan Ritual Miring masih digunakan sebagai alat politik penaungan. Paling ketara ialah penggunaan variasi baharu politik penaungan lokal iaitu Tungkus Asi dan Ritual Miring. Kesemua variasi ini merupakan sebahagian daripada timbal balas mendapatkan sokongan politik semasa pilihan raya.

Reference
  • 1. Aeria, A. (1997). The politics of development and the 1996 Sarawak state elections. Kajian Malaysia, 15(1/2), 57-83.
    2. Aspinall, E., & Mas' udi, W. (2017). The 2017 Pilkada (local elections) in Indonesia Clientelism, programmatic politics and social networks. Contemporary Southeast : A Journal of International and Strategic Affairs, 39(3), 417-426.
    3. Aspinall, E., Rohman, N., Hamdi, A. Z., & Triantini, Z. E. (2017). Vote buying in Indonesia: Candidate strategies, market logic and effectiveness. Journal of East Asian Studies, 17(1), 1-27.
    4. Blok, A. (1969). Variations in patronage. Sociologische Gids, 16(6), 365-378. Freeman, Derek. (1992). The Iban of Borneo. Kuala Lumpur: S. Abdul Majeed.
    5. Fukuoka, Y. (2013). Indonesia's ‘democratic transition’revisited: a clientelist model of political transition. Democratization, 20(6), 991-1013.
    6. Gomez, E. T. (1994). Political business: Corporate involvement of Malaysian political parties. Centre for South-East Asian Studies. James Cook University of North Queensland.
    7. Hazis, F. S. (2012). Domination and Contestation: Muslim Bumiputera Politics in Sarawak. Institute of Southeast Asian Studies.
    8. Jawan, J. A., & King, V. T. (2004). Ethnicity and Electoral Politics in Sarawak. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    9. Jawan, J. A. (1994). Iban politics and economic development: Their patterns and change.Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    10. Jayum, A. J. (1991). Political Change and Economic Development among the Ibans of Sarawak, East Malaysia. University of Hull, Hull of City.
    11. Leigh, M. B. (1988). The rising moon: Political change in Sarawak. Antara Book Company.
    12. Mersat, N. I. (2008). Politik Penaungan Dan Partisipasi Politik Peribumi Iban Di Sarawak.
    13. Faculty of Social Sciences, University Malaysia Sarawak.
    14. Mersat, N. I., & Sarok, A. (1999). Pilihanraya-Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Sarawak. Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak.
    15. Milne, R. S., & Ratnam, K. J. (2014). Malaysia: New States in a New Nation: New States in a New Nation. Routledge.
    16. Moggie, T. S. D. A. L. (2011). Erik Jensen, 2010, Where Hornbills Fly: A Journey with the Headhunters of Borneo. Borneo Research Bulletin, 42, 340-343.
    17. Roff, M. C. (1974). The Politics of Belonging: political change in Sabah and Sarawak. Oxford University Press.
    18. Rubin, A., & Babbie, E. (2010). Research methodology for social work. Belmont, CA: Thomson Brooks/Cole.
    19. Scott, J. (1977). Hegemony and the Peasantry. Politics & Society, 7(3), 267-296.
    20. Searle, P. (1983). Politics in Sarawak, 1970-1976: the Iban perspective. Oxford University Press.
    21. Van Gennep, A. (2019). The rites of passage. University of Chicago Press.