Kaedah pengajaran dalam talian guru bahasa Melayu sekolah kebangsaan di kawasan bandar sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan
List of Authors
  • Irma Mahad , Zamri Mahamod

Keyword
  • Kaedah pengajaran dalam talian, pengajaran dan pembelajaran di rumah, penglibatan murid

Abstract
  • Semua guru mendepani pelaksanaan pengajaran norma baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Pandemik COVID-19. Perubahan corak pengajaran pendidikan konvensional memerlukan guru Bahasa Melayu memilih dan menguasai kaedah pengajaran dalam talian dengan berkesan. Kajian ini dijalankan untuk meneroka kaedah pengajaran dalam talian yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu sekolah kebangsaan di kawasan bandar sepanjang tempoh PKP. Kajian ini dijalankan secara kualitatif yang melibatkan tiga orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di tiga buah sekolah kebangsaan di kawasan bandar. Data temu bual dianalisis secara bertema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu telah menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang menarik mengikut keperluan murid seperti pembelajaran penyelesaian masalah, kaedah e-permainan (gamification), kelas berbalik, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran menggunakan modul semasa pengajaran bahasa Melayu dalam talian. Kepelbagaian kaedah pengajaran guru Bahasa Melayu dalam talian ini telah mempengaruhi penglibatan murid dalam PdP dalam talian.

Reference
  • 1. Anwar Patho Rohman & Mohd Nasaruddin Parzi. (2020). Hanya 20-30 peratus murid ikuti PdP dalam talian. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/703364/hanya-20-30-peratus-murid-ikuti-pdp-dalam-talian [22 Jun 2021].

    2. Azhar Ahmad & Mohd Mahzan Awang. (2017). Perbezaan aplikasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah berpandukan demografi guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 18, 92-104.

    3. Fahmi Abdul Rahim. (2021). Bahan pengajaran efektif pastikan keberkesanan PdPR. Berita Harian Online.https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/01/778749/bahan-pengajaran-efektif-pastikan-keberkesanan-pdpr [22 Jun 2021].

    4. Fenny Lau Yeo Feng, Kee Guek Fen, Khoo Phau Liang & Lee Huoy Shin. (2021). Kaedah pengajaran dalam talian guru Bahasa Melayu dan motivasi murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11 (1), 57-74.

    5. Hasliza Hashim, Siti Munira Mohd Nasri & Zarina Mustafa. (2016). Cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya VLE Frog di bilik darjah. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 31, 115-129.

    6. Johari Hassan & Siti Norazlina Kamisan. (2010). Halangan terhadap penggunaan komputer dan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru di sekolah menengah luar bandar di Daerah Kulai Jaya, Johor. A. pp. 1-10. http://eprints.utm.my/id/eprint/11032/ [21 Julai 2021]

    7. Kurniawati Kamarudin. (2021). Mantapkan PdPR elak keciciran pelajar. https://amp.utusanborneo.com.my/2021/01/20/mantapkan-pdpr-elak-keciciran-pelajar [22 Jun 2021].

    8. Losius Goliong, Absly Kasin, Marcelus Johnny & Nazarius G. Yulip. (2020). Cabaran Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Jarak Jauh Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Sabah: Pejabat Pendidikan Daerah Ranau.

    9. Meriam. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education. San Francisco: Jossey-Bass Inc.

    10. Mohamad Idham Md Razak. (2020). COVID-19: Pembelajaran atas talian suatu keperluan ke arah menuju Malaysia maju. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-pembelajaran-atas-talian-suatu-keperluan-ke-arah-menuju-malaysia-maju-237496 [23 Jun 2021].

    11. Mohd Fairuz Jafar, Zetty Akmar Amran, Mohd Faiz Mohd Yaakob, Mat Rahimi Yusof & Hapini Awang. (2020). Kesediaan pembelajaran dalam talian semasa pandemik COVID 19. Kertas kerja dibentang dalam Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan.

    12. Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan & Ch’ng Pei Eng. (2020). Adaptasi Pengajaran dan Pembelajaran Secara Maya dalam Kebiasaan Baharu Semasa Pandemik COVID-19. Shah Alam: SIG:e-Learning@CS.

    13. Nor Aidawati Abdillah & Mazidah Musa. (2021). Kesediaan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran norma baru di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Journal of Modern Education, 3 (8), 114-124.

    14. Noraini Mohd Noh, Mohd Arif Ismail & Jamil Ahmad. 2010. Tahap penerimaan Inovasi EduwebTV dalam kalangan guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 3 (5), 118-128.

    15. Nor Fauziana Mohd Salleh. (2020). Pandemik Coronavirus (COVID 19): Pengajaran dan pembelajaran secara atas talian suatu keperluan di Malaysia. https://www.researchgate.net/publication/342886967_pandemik_coronavirus_covid-19_pembelajaran_dan_pengajaran_secara_atas_talian_suatu_keperluan_di_malaysia . [21 Julai 2021]

    16. Nur Hazirah Hairia’an & Masayu Dzainudin. (2020). Pengajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9, 18-28.

    17. Nur Izzati Hazwani Abdul Hadi. (2021). Cabaran pengajaran dan pembelajaran di rumah terhadap para pendidik. https://www.jejaktarbiah.com/cabaran-pengajaran-dan-pembelajaran-di-rumah-pdpr-terhadap-para-pendidik/ [23 Jun 2021].

    18. Siti Azura Abu Hassan, Suzana Zainol Abidin & Zulkurnain Hassan. (2021). Keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian (epembelajaran) terhadap pembelajaran pelajar di Kolej Komuniti Hulu Langat. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 10 (2), 1-14.

    19. Siti Balqis Mahlan & Muniroh Hamat. (2020). Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. SIG:e-learning@CS, eISBN: 978-967-0841-88-5

    20. Siti Nurbaizura Che Azizan & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Pandangan guru terhadap pembelajaran dalam talian melalui pendekatan Home Based Learning semasa tempoh pandemik COVID 19. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11 (Edisi Khas), 46-57.

    21. Suhaidah Hussain. (2020). Dilema kesihatan fizikal dalam pengajaran dan pembelajaran secara maya. https://news.ump.edu.my/experts/dilema-kesihatan-fizikal-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-secara-maya [23 Jun 2021].

    22. Tamilmullai Thannimalai & Salini Baloh. (2021). Cabaran PdPR BahasaTamil di sekolah luar bandar. Muallim Journal Social Sciences and Humanities, 5 (2).