Penerapan Amalan Kreativiti, Pemikiran Kritis, Kolaborasi dan Komunikasi (4C) Pembelajaran Abad Ke-21 dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu
List of Authors
  • Zamri Mahamod

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penerapan amalan 4C, iaitu kreativiti (creativity), pemikiran kritis (critical thinking), kolaborasi (collaboration) dan komunikasi (communication)  guru-guru bahasa Melayu dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah-sekolah mereka. Seramai 150 orang guru sekolah dari 36 buah sekolah menengah dan rendah di daerah Meradong, Sarawak telah terlibat sebagai responden kajian. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif. Para responden dikehendaki menjawab 20 item melalui empat konstruk ciri-ciri PAK21 atau Amalan 4C melalui soal selidik kajian yang diubahsuai menggunakan skala Likert lima mata.  Analisis deskriptif  kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan bagi melaporkan kajian. Hasil kajian mendapati tahap amalan 4C yang diterapkan oleh  guru-guru bahasa Melayu pada tahap sederhana (min=3.74). Analisis berdasarkan tahap amalan 4C menunjukkan aspek komunikasi(communication) (min=3.82) menunjukkan tahap paling tinggi berbanding 3 konstruk ciri-ciri PAK21 yang lain. Manakala aspek kolaborasi(collaboration)(min=3.64) pula menunjukkan skor min paling rendah. Sebagai rumusan, guru-guru bahasa Melayu perlu memaksimumkan penerapan amalan 4C sebagai penggerak dan pendorong agenda transformasi pendidikan alaf baharu ini.


Reference
  • No Data Recorded