Penguasaan penerapan kosa kata nilai dalam pembelajaran bahasa Arab j-QAF sekolah rendah
List of Authors
  • Ab Halim Mohamad , Hasnurol Hashim , Kaseh Abu Bakar , Maheram Ahmad , Syaidatun Nazirah Abu Zahrin

Keyword
  • Penguasaan, penerapan kosa kata nilai, kemahiran bahasa dan program j-QAF

Abstract
  • Kosa kata Arab merupakan elemen penting bagi menguasai bahasa Arab dan kemahiran asas bahasanya, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Menerusi program j-QAF, secara keseluruhannya kosa kata Arab yang perlu dikuasai oleh murid di sekolah rendah ialah sebanyak 600 patah perkataan. Namun begitu, berdasarkan pengalaman pengkaji sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah, murid masih melakukan kesalahan terutamanya dalam aspek mengeja perkataan Arab, mengetahui makna perkataan Arab dan menggunakannya dalam ayat. Kajian ini bertujuan mendedahkan sejauh mana penguasaan murid sekolah rendah terhadap penerapan kosa kata nilai yang dipelajari menerusi program j-QAF dalam aspek ejaan, pengetahuan makna perkataan dan penggunaannya dalam ayat dalam pembelajaran bahasa Arab. Pengkaji telah menjalankan ujian penguasaan kosa kata Arab yang merangkumi tiga aspek yang perlu dikuasai ke atas 120 orang murid tahun tiga sekolah rendah kebangsaan di daerah Klang Selangor, dan sebanyak 360 skrip jawapan telah diperolehi dan dianalisis. Hasil kajian menunjukkan bahawa pencapaian peratus lulus gred A, B, dan C bagi aspek ejaan perkataan Arab ialah 100 peratus, aspek pengetahuan makna sebanyak 84 peratus dan aspek penggunaan perkataan dalam ayat sebanyak 63 peratus. Manakala dapatan berkaitan penerapan kosa kata nilai dalam pembelajaran bahasa Arab mengandungi lima klasifikasi penerapan, iaitu kata hikmah dan perumpamaan (al-Hikam wa al-‘Amthal), ilmu pengetahuan (al-‘Ulum wa Ma’rifah), nilai mulia (al-Qiyam al-Nabilah), nilai patriotisme (al-Qiyam al-Wataniah) dan nilai sosiobudaya (al-Nizam al-‘Ijtima’iyyah wa al-Thaqafah). Implikasi kajian menyumbang kepada penemuan baru dalam kajian bahasa bahawa pembelajaran kosa kata turut boleh diterapkan unsur nilai dan akhlak yang mulia dalam pembelajaran bahasa di peringkat sekolah rendah.

Reference
  • 1. Adrian Akmajian. 1995. Linguistik: Pengantar Bahasa Dan Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    2. Ahmad Taaimah, Rusydi. 1989. Talim Al-cArabiyyah Li Ghair Al-Natiqin Biha Manahijuhu Wa ’Asalibuhu. Universiti al-Manshurah, Mesir: Manshurat al-Munazzamah al-Islamiyyah Li al-Tarbiyyah wa al-cUlum wa al-Thaqafah-ISISCO.
    3. Al-Fauzan, Abd Rahman Ibrahim. 2005. Durus Al-Daurat Al-Tadribiyyah Li Mucallimi Al-Lughah Al-Arabiyyah Li Ghair Natiqin Biha (Al-Janib Al-Nazariy). Saudi Arabia: Mu’assasah al-Waqaf al-Islamiy.
    4. Al-Khuliy, Muhammad Ali. 1986. ’Asalibu Tadris Al-Lughah Al-cArabiyyah. ke-2. Riyad, Saudi Arabia: Matabi al-Farazdaq al-Tijariyyat.
    5. Amrulloh, Muhammad Afif & Himmah, Ro’fat Hizmatul. 2017. Analisis perubahan morfologis pembentukan tacrib dan pembelajaran. Tadris: Jurnal Keguruan dan Ilmu Tarbiyah. 2 (2):87.
    6. Anisah, Sara, Irawati, Retno Purnama & Miftahudin, Ahmad. 2013. Analisis istilah perbankan syariah dari bahasa arab (tinjauan morfologi dan semantis). Journal of Arabic Learning and Teaching. 2 (1):38–47.
    7. Asmah Omar. 2008. Nahu Kemas Kin: Panduan Bahasa Yang Baik Dan Betul. Kuala Lumpur: PTS Professional publishing Sdn. Bhd.
    8. Boers, Frank, Eyckmans, June, Kappel, Jenny, Stengers, Hélène & Demecheleer, Murielle. 2006. Formulaic sequences and perceived oral proficiency: putting a lexical approach to the test. Language Teaching Research. 10 (3):245–61.
    9. Carter, R. 1998. 67 Routledge London and New York Vocabulary Applied Linguistic Perspectives. 2nd ed. New York, London: London: Routledge.
    10. Chapakiya, Suraiya. 2014. Asas Linguistik. Abdullah Hassan (pnyt.). Batu Caves, Selangor: PTS Akademia, DBP.
    11. Chomsky, N. 1979. Sussex: The Harvester Press Language and Responsibilty.
    12. Dewan, Kamus. 2015. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Keempat. Kuala Lumpur.
    13. El-Ushaili, Abdul Aziz Ibrahim. (2009). Psikolinguistik Pembelajaran Bahasa Arab. Bandung, Indonesia: Humaniora Penerbit Buku Pendidikan.
    14. Faizatul Nadia, Mohd Tahir & Maimun, Aqsha Lubis. 2016. Keperluan penguasaan kosa kata arab dalam kemahiran bertutur pelajar. Dlm. International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and Educational Technology, hlm. 267–74. Bangi.
    15. Fathoni, Hanif. 2013. Pembentukan kata dalam bahasa arab (sebuah analisis morfologis “k-t-b”). Al-Ta’dib. 8 (1): http://ejournal.unida.gontor.ac.id/index.php/tadib/article/view/513.
    16. Gani, H A. 2010. Perubahan bentuk kata dalam bahasa arab : suatu analisa hubungan antara tashrif dan morfologi. Jurnal al-Bayan Jurusan. 1 (2):.
    17. Hamza, Fatima Salaheldeen Ahmed, Yasin, Mohamed Subakir Mohd & Aladdin, Ashinida. 2015. The use and evaluation of vocabulary learning strategies among sudanese efl learners. Journal of Applied Linguistics and Language Research. 2 (6):92–102.
    18. Hassan, Abdullah. 2016. Linguistik Am. Batu Caves, Selangor: PTS Publishing House, DBP.
    19. Hashim, H., Bakar, K. A., & Ahmad, M. 2020. Penguasaan kosa kata Bahasa Arab menerusi pengetahuan makna dan penggunaannya (Mastery of Arabic Vocabulary Through Knowledge of Meaning and Its Use). MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara (SEA Journal of General Studies), 21.
    20. Huckin, Thomas & Coady, James. 1997. Second language vocabulary acquisition Second Language Vocabulary Acquisition: A Rationale for Pedagogy. New York, London: Cambridge University Press.
    21. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2006. SP Sukatan Bahasa Arab (Baru). Catalogiung-in-Publication Data Perpustakaan Negara Malaysia Jabatan Pendidikan Islam dan Moral [ Al-Manhaj al-Dirasi Lil-lughah al-Arabiyyah: al-Manhaj al-Mutakamil Lil-Madaris al-Thanawiyyah].
    22. Khoiriyah, H. 2020. Deskripsi pengembangan kurikulum pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Al-Lisan: Jurnal Bahasa (e-Journal), 5(1), 96-115.
    23. M. Khalilullah. 2012. Permainan teka-teki silang sebagai media dalam pembelajaran bahasa arab (mufradat). 37 (1). Jurnal Pemikiran Islam; Vol. 37, No. 1.
    24. Maeda, Joyce & Naoumi, Evelyn. 2004. Vocabulary development using a questionnaire. JALT 2004 at Nara Conference Proceedings.732–42.
    25. Mahmud Kamil, Al-Naqah. 1985. Taclim Al-Lughah Al-cArabiyyah Li Al-Natiqin Bi Lughat ’ukhra. Saudi Arabia: Jamicat ’Ummu al-Qura: al-Matbuc al-Jamiiyyat.
    26. Mohd Zaki, Ismail, Kaseh, Abu Bakar, Nik Farhan, Nik Mustapha & Nurazan, M Rouyan. 2016. Bahasa arab pada kalangan pelajar cemerlang ( the strategies used by excellent students in learning new arabic affixes ). Asia Pacific Journal of Educators and Education. 31:47–68.
    27. Mubarak, Mubarak. 1973. Qawacid Al-Lughah Al-Arabiyyah. Beirut, Lubnan: Dar al-Kitab al-Lubnaniy.
    28. Muhammad, Idris. 2014. Analisis al-Mizan al-Sarfiy Dalam Pembentukan Kata Kerja Dan Kata Nama Mushtaq Bahasa Arab. Malaysia: Universiti Malaya.
    29. Mujawir, Muhammad Solahuddin Ali. 2000. Daris Al-Lughah Al-cArabiyyah Fi Al-Marhalah Al-Thanawiyyah ’Ususahu Wa Tatbiqatuhu Al-Tarbawiyyah. Kaherah, Mesir: Dar al-Fikr al-Arabiy.
    30. Mulyati, Yeti. 2017. Kosa kata siswa sekolah dasar kelas rendah (kajian jenis kata, bentuk kata, jenis makna, dan medan makna). Jurnal Bahasa dan Seni. 1:99–107.
    31. Nabihah, Yusof, Harun, Baharudin, Maimun Aqsha, Lubis & Muhammad Luqman, Ibnul Hakim. 2018. Persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah bimbingan rakan sebaya (brs) dalam pembelajaran kosa kata arab. eProceedings Of International Conference On Islam And Global Issues (iCIGI). (August)
    32. Noor Shamshinar, Zakaria. 2015. Pelaksanaan klinik bahasa arab sebagai wadah penguasaan bahasa arab di kuis. eJurnal fakulti pendidikan KUIS. 92–101.
    33. Nor Yazidah, Yahya, Che Radiah, Mezah, Nik Farhan, Mustapha & Mohd Sukki, Othman. 2016. Pemilihan kosa kata dalam pembinaan modul pembelajaran asas ba untuk pelajar warga emas. AL-Anwar, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT).
    34. Qadariy, Maryam. 2017. Isykaliyyat Damj Al-’Alfaz Al-Muqtabisah (Al-Muqtaradah) Hadisan Fi Al-Nizam Al-Lughawiy Al-’Arabiy. Dlm. Teaching Of Arabic Language To Non Native Speakers: Prospects and Challenges, hlm. 155–62. Kerala: University of Kerala, India.
    35. Regan, Vera & Bayley, Robert. 2009. Second language acquisition and linguistic variation. Dlm. The Acquisition of Sociolinguistic Competence, hlm. 1–18.
    36. Ridwan, Muhammad & Hidayati, Triyanti Nurul. 2015. Verba triliteral bahasa arab: tinjauan dari prepektif morfologi derivasi dan infleksi. Jurnal Bahasa & Sastera. 15 (1).
    37. Rosdiana, Yusi. 2009. Hakikat bahasa. Jurnal Bahasa dan Sastra Indonesia di sekolah Dasar.1–42.
    38. Rosni, Samah. 2009. Pendekatan Pembelajaran Kemahiran Bahasa Arab Untuk Pelajar Bukan Penutur Jati. Bandar Baru Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai.
    39. Rosyadi, F. I., & Ilmi, M. U. 2021. E-Learning: An implementation for Arabic learning during the Covid-19 Pandemic. ALSUNIYAT: Jurnal Penelitian Bahasa, Sastra, dan Budaya Arab, 4(1), 47-57.
    40. Schmitt, Norbert. 2008. 12 Language Teaching Research Review Article: Instructed Second Language Vocabulary Learning. 12(3): 239-263.
    41. Shathifa, MCS. & Farween, ARFS. 2015. Vocabulary ability among the students of the department of arabic language in south eastern university of sri lanka. International Symposium 2015 – IntSym 2015, SEUSL.hlm. 208–211.
    42. Syifa, Aini & Wahyu, Kurnia. 2018. Ekuivalensi antara ilmu morfologi dan ilmu sharf. Dlm. Seminar Nasional Bahasa Arab Mahasiswa II, hlm. 468–78. Malang, Indonesia: Universiti Negeri Malang.
    43. Syuhada, Amir. 2011. Sistem morfologi nomina variabel (ism mutasharrif) bahasa arab. At-Ta’dib. 6 (2): http://ejournal.unida.gontor.ac.id/index.php/tadib/article/view/560.
    44. Tahir, Gustia. 2012. Peranan bahasa arab dalam pengembangan peradaban islam. Jurnal al-Hikmah. xiii (1):112–23.
    45. Tajudin Nur. 2010. Fungsi afiks infleksi penada pesona, jumlah, dan jender pada verba bahasa arab: tinjauan dari perspektif morfologi infleksi dan derivasi. Humaniora. 22 (1):75–85.
    46. Zuhriyah, Lailatul, Sholihuddin, Ahmad & Thohir, Muhamma. 2018. Proses afiksasi morfologi ism (nomina) dalam bahasa arab. Arabiyat: Jurnal Pendidikan Bahasa Arab dan KebahasaAraban. 5 (2):292–313.