Pendekatan Kepelbagaian Pengajaran Dari Aspek Penyampaian, Alat Bantu Mengajar, Pedagogi Dan Peneguhan Dalam Pembelajaran Sejarah
List of Authors
  • Abdul Razaq Ahmad

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk memfokuskan tahap pendekatan kepelbagaian pengajaran dari aspek penyampaian, pedagogi, alat bantu mengajar dan peneguhan dalam pengajaran Sejarah berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang diedarkan secara atas talian. Dua ratus tiga puluh empat orang responden dipilih melalui persampelan yang terdiri daripada murid-murid tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6 yang belajar di Sekolah Kebangsaan Pandamaran Jaya. Hasil daripada analisis data yang dilaksanakan dengan menggunakan perisian SPSS melaporkan bahawa terdapat empat konstruk utama. Konstruk tersebut adalah konstruk penyampaian pengajaran, penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM), pelaksanaan pedagogi dan pemberian peneguhan yang diamalkan. Dapatan kajian melaporkan bahawa tahap pendekatan kepelbagaian pengajaran guru dari aspek penyampaian pengajaran, penggunaan alat bantu mengajar (ABM), pelaksanaan pedagogi dan pemberian peneguhan berada pada aras yang sederhana tinggi dan tinggi. Ini bermakna menurut persepsi responden, guru-guru yang mengajar Sejarah memang mengamalkan kepelbagaian pendekatan dalam aspek penyampaian pengajaran, penggunaan alat bantu mengajar (ABM), pelaksanaan pedagogi dan pemberian peneguhan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Keempat-empat konstruk ini mempunyai tahap interpretasi dalam lingkungan sederhana tinggi dan tinggi.


Reference
  • No Data Recorded