Pengolahan semula teks lama: perbandingan strategi penulis wanita melayu dan wanita barat
List of Authors
  • Ruzy Suliza Hashim

Keyword
  • Sastera Bandingan, Sastera Nasional, Penulis Wanita, Pengolahan Semula, Praktis Silang Budaya

Abstract
  • Sastera bandingan membuka ruang untuk pelbagai perbandingan dibuat, misalnya kajian pengaruh, tema, disiplin, dan terjemahan. Aspek-aspek ini dapat memberi gambaran bagaimana sesebuah sastera nasional itu menunjukkan persamaan dan perbezaan dengan sesebuah sastera nasional yang lain. Makalah ini mengambil gagasan Susan Bassnett (1993) dan melihat bagaimana isu gender digarap dalam teks kesusasteraan Inggeris. Perbandingan di antara penulis wanita Melayu, Zaihasra dan Siti Zainon Ismail dan penulis Barat, Angela Carter dan Anne Sexton, dan strategi keempat-empat penulis ini dalam pengolahan semula teks-teks lama dapat menunjukkan praktis silang budaya yang bertembung dari segi penghasilan kreatif tetapi bersimpang dari segi norma nilai budaya dan agama.

Reference
  • Abrams, M. H. 1999. A glossary of literary terms. Seventh edition. Orlando: Harcourt Brace College Publishers.
    A. Samad Ahmad. 1976. Zaman Gerhana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    A. Samad Ahmad (pnyt.) 1986. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: DBP.
    Bassnett, Susan. 1993. Comparative Literature: A Critical Introduction. Oxford: Basil Blackwell.
    Carter, Angela. 1981. The Bloody Chamber. London: Penguin.
    Carter, Angela. “The Werewolf”. Dalam The Bloody Chamber. Hlm 108-109.
    Carter, Angela. “The Company of Wolves”. Dalam The Bloody Chamber. Hlm. 110-118.
    Cheah Boon Kheng. 1993. “Power behind the throne: The throne of Queens and court ladies in Malay history,” Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. Vol. LXVI Part I, Kuala Lumpur, Hlm 1-21.
    Gottesman, Ronald. et al. The Norton Anthology of American Literature. Vol.2. New York: W. W. Norton & Company.
    Haron Daud. 1989. Sejarah Melayu: Satu kajian daripada aspek pensejarahan budaya. Kuala Lumpur: DBP.
    Ostriker, A. 1982. “The thieves of language: Women poets and revisionist mythmaking”. Signs, Vol. 8, No. 1, Hlm 68-90.
    Rich, A. 1980. On lies, secrets, and silences: Selected prose 1966-1978. London: Virago.
    Ruzy Suliza Hashim. 2003. Out of the shadows: Women in Malay court narratives. Bangi: Penerbit UKM.
    Sexton, Anne. 1971. “Cinderella”. Dalam Norton Anthology. Hlm. 2514-2516.
    Shellabear, W. G. (pnyt). 1967. Sejarah Melayu. London: OUP.
    Siti Zainon Ismail. 1990. Kau nyalakan lilin. Bangi: Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia.
    Siti Zainon Ismail. “Mansur Syah.” Dalam Kau nyalakan lilin. Hlm 50.
    Sohaimi Abdul Aziz. 2002. Kesusasteraan Bandingan: Perkembangan, Pendekatan, Praktis. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
    Zaihasra. 1986. Balada Tun Fatimah. Kuala Lumpur: Syarikat Jingga.