Amalan Pengurusan Sumber Manusia dan Hubungannya dengan Motivasi Kerja Guru
List of Authors
Bity Salwana Alias, Ooi Ejane
Keyword
Pengurusan Sumber Manusia, Motivasi Kerja Guru
Abstract
Kertas konsep ini membincangkan tentang amalan pengurusan sumber manusia dan hubungannya dengan motivasi kerja guru. Perbincangan memberi tumpuan kepada elemen penting dalam pengurusan sumber manusia seperti latihan dan pembangunan profesional, sistem ganjaran serta penilaian prestasi yang telus kerana semua aspek ini mempengaruhi tahap kepuasan, komitmen dan kesejahteraan guru. Dalam konteks pendidikan, motivasi kerja guru amat penting kerana ia menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta menyumbang kepada pencapaian murid secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi, antaranya beban tugas yang berlebihan, sistem ganjaran yang tidak adil, penilaian prestasi yang terlalu birokratik serta kekangan dalam menyediakan latihan yang relevan dengan keperluan semasa. Keadaan ini boleh menjejaskan semangat dan motivasi guru, sekali gus menurunkan prestasi kerja mereka. Oleh itu, pemahaman yang mendalam tentang hubungan antara amalan pengurusan sumber manusia dan motivasi kerja guru amat diperlukan bagi membolehkan pengurus sekolah merangka strategi pengurusan yang lebih berkesan. Dengan melaksanakan latihan berterusan, ganjaran yang adil, penilaian prestasi yang membina serta agihan tugas yang seimbang, pengurus sekolah dapat menyokong kesejahteraan dan meningkatkan komitmen guru terhadap profesion. Kertas konsep ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pihak pengurusan sekolah membangunkan strategi yang mampu memperkukuh motivasi kerja guru serta meningkatkan kualiti pendidikan secara keseluruhannya.