Perubahan yang berlaku dalam arena pendidikan menuntut kecekapan guru terutamanya dalam menangani isu stress bagi memastikan kepuasan kerja guru terjamin. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya kepimpinan guru besar, tahap stress, tahap kepuasan kerja dan melihat hubungan antara tahap stress dan kepuasan kerja guru. Kajian ini menggunakan kajian kuantitatif. Populasi kajian terdiri daripada guru sekolah rendah di Kawasan luar bandar dan pedalaman di daerah Kinabatangan. Kaedah persampelan rawak digunakan dan seramai 242 orang responden terlibat sebagai sampel kajian. Intrumen kajian adalah dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, min dan sisihan piawai serta analisis korelasi Spearman melalui perisian Statistical Package For Sosial Science (SPSS) versi 26. Dapatan kajian mendapati bahawa, gaya kepimpinan yang paling dominan diamalkan oleh guru besar adalah gaya kepimpinan berorientasikan kejayaan (M=3.68, SP=0.80. Dapatan juga menunjukkan tahap stress guru berada pada tahap yang rendah (M=3.69, SP=1.08) dan kepuasan kerja berada pada tahap yang tinggi (M=3.89, SP=1.08). Selain itu, hasil dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan antara tahap stress dan kepuasan kerja guru (r=0.59, p<0.01). Oleh itu, pihak yang berkaitan boleh memanfaatkan dapatan kajian ini untuk memastikan guru mampu menangani stress dan mengekalkan tahap kepuasan kerja yang tinggi agar produktiviti dan prestasi kerja dapat ditingkatkan.