Pelaksanaan Aktiviti Terapi Bermain Di Prasekolah
List of Authors
  • Suziyani Mohamed

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Bermain adalah aktiviti utama kanak-kanak. Bermain untuk kanak-kanak adalah medium pembelajaran dan aktiviti yang memudahkan proses pertumbuhan dan perkembangan. Terdapat dua tujuan dalam kajian ini adalah mengkaji tahap pengetahuan guru prasekolah terhadap pelaksanaan aktiviti terapi dan hubungan antara pengetahuan guru prasekolah terhadap aktiviti terapi bermain dengan kelayakan bidang. Dalam kajian ini menggunakan kajian tinjauan melalui pendekatan kuantitatif. Teknik persampelan rawak mudah digunakan dalam kajian ini dan sampel kajian adalah seramai 50 orang guru prasekolah. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap guru prasekolah adalah tinggi. Nilai min keseluruhan tahap pengetahuan guru prasekolah adalah 3.76. Hasil dapatan mendapati bahawa guru prasekolah tidak mempunyai hubungan yang signifikan dan terdapat hubungan positif yang sangat kuat antara kelayakan bidang dengan pengetahuan guru prasekolah terhadap aktitiviti terapi bermain. Analisis deskriptif kajian ini boleh digunakan oleh pihak sekolah dengan diberikan pendedahan secara menyeluruh kepada guru prasekolah terhadap aktiviti terapi bermain agar guru prasekolah mempunyai pengetahuan yang cukup untuk melaksanakan aktiviti terapi bermain dalam proses PdPc. Oleh itu, dengan adanya kajian ini dapat menjadi rujukan kepada guru prasekolah dan menilai sendiri tahap pengetahuan dalam melaksanakan aktiviti terapi bermain bersama kanak-kanak di dalam kelas. Secara kesimpulannya, kajian ini menunjukkan guru prasekolah mempunyai pengetahuan yang sedia ada berkaitan aktiviti terapi bermain bahkan bagi meningkatkan pengetahuan, guru prasekolah boleh turut serta dalam mengikuti khusus atau bengkel yang berkaitan dengan aktiviti terapi bermain.


Reference
  • No Data Recorded