Respons generasi muda terhadap aplikasi e-kerajaan dan E-dagang
List of Authors
  • Mohd Safar Hasim , Mohd Yusof Abdullah

Keyword
  • Teknologi Komunikasi dan Informasi; Masyarakat Jaringan; Difusi Inovasi; E-Dagang; E-Kerajaan

Abstract
  • Malaysia adalah kalangan negara sedang membangun yang awal dan giat membangunkan kemudahan ICT. Penggunaan ICT adalah untuk meningkatkan daya saing negara, memodenkan sektor perkhidmatan, dan menambah nilai mutu perkhidmatan kerajaan dan swasta. Penggunaan meluas ICT telah mula diterima oleh masyarakat Malaysia. Artikel ini membincangkan respons generasi muda terhadap aplikasi secara atas talian yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta. Data dan maklumat diperolehi daripada kajian di bawah biaya IRPA 2004-2006 yang bertujuan melihat tahap kesediaan penerimaan pelbagai aplikasi elektronik dan persepsi responden terhadap pelbagai aplikasi tersebut. Metod kajian yang digunakan adalah tinjauan ke atas generasi muda dalam lingkungan umur 21 hingga 40 tahun. Seramai 1118 orang dalam kategori umur tersebut di 15 bandar di Malaysia dipilih secara rawak bertujuan dan ditemubual menggunakan satu set soalan. Generasi muda adalah satu segmen masyarakat yang penting dalam sebarang pembaharuan atau inovasi yang diperkenalkan. Hasil kajian mendapati penggunaan pelbagai kad elektronik untuk pelbagai transaksi mula diterimapakai oleh generasi muda. Namun begitu, mereka mempunyai persepsi yang kurang yakin terhadap keselamatan untuk berurusan secara atas talian. Oleh kerana generasi muda sentiasa terdedah dengan perkembangan teknologi komunikasi terkini dan sasaran penting, maka wajar mereka diberi keyakinan untuk menggunakan perkhidmatan atas talian dengan lebih meluas.

Reference
  • Castells. M. 2000. The rise of network society. 2nd.ed. Oxford: Blackwell Publishers Inc.
    Jabatan Perangkaan Malaysia. 2003. Buku Maklumat Perangkaan. Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya.
    Malaysia. 2006. Laporan Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-1010). Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
    Media Guide. 2008. Malaysia media and advertising guide book. Kuala Lumpur: Perception Media.
    Mohd Yusof Hj.Abdullah. 2004. Adoption of cellular phone among young adults: A study among youths in the Klang Valley, Malaysia. Conference proceedings 2004 Seoul conference on mobile communication. Hallym University, Chuncheon, Korea.
    New Sunday Times, August 31st. 2003.
    Samsudin A. Rahim and Latiffah Pawanteh. 2003. The emerging generation:Media penetration and construction of identity among young adults in Malaysia, dalam Kumpulan Esei Isu-isu Komunikasi. Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, UKM.
    http://www.yadim.com.my/Remaja/RemajaFull.asp?RemajaID=88.
    http://www.perda.gov.my/BERITA050705.htm.
    http://www.uum.edu.my/datovc/ucapan/serahkomputer.htm.
    http://www.yadim.com.my/Remaja/RemajaFull.asp?RemajaID=88.
    http://www.pekka.upm.edu.my/malay/lbelia.htm.
    New Sunday Times, August 31, 2003.
    Utusan Malaysia, 31 Mac 2004.