Sikap, Motivasi, Etnik, Bahasa Melayu, Bahasa Kedua
Abstract
Sikap dan motivasi merupakan dua elemen yang penting mendorong murid India untuk mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dengan berjaya. Namun, murid India masih menghadapi kesukaran dalam menerima dan menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di peringkat sekolah. Murid India sukar memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan bahasa Melayu di peringkat sekolah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sikap dan motivasi murid India sekolah rendah pedalaman Tamil dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian kuantitatif berbentuk kaedah tinjauan melibatkan seramai 50 orang murid India tahun 4, 5 dan 6 dari dua buah sekolah Tamil luar bandar di daerah Kuala Lipis, Pahang dipilih sebagai sampel kajian. Responden kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Soal selidik digunakan sebagai instrumen utama dalam mengumpul data kajian yang mengandungi 20 item dan terbahagi kepada dua konstruk, iaitu sikap dan motivasi. Pengumpulan data dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel Windows 10 bagi mengutip data kajian. Dapatan kajian menggambarkan bahawa murid India mempunyai sikap yang positif dan motivasi yang tinggi dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kesimpulannya, murid India menunjukkan sikap yang positif serta motivasi yang tinggi ketika belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua secara formal. Justeru itu, guru bahasa Melayu harus menggunakan pelbagai jenis teknik dan kaedah yang bersesuaian bagi membentuk sikap positif dan memotivasikan murid India dalam menguasai kemahiran bahasa dengan lebih baik dan seterusnya memperoleh prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan.
Reference
1. Abdul Hamid Mahmood. 1990. Penguasaan Bahasa Melayu baku di kalangan pelajar. Jurnal Dewan Bahasa 1990, (4), pp.242-252.
2. Abdullah Musa. 2004. Sikap dan motivasi pelajar Dusun terhadap pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
3. Abdul Rashid Jamian. 2010. Permasalahan pengajaan dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina. Jurnal Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
4. Asmah Hj. Omar. 1987. Bahasa Malaysia saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Budiawan. 2008. Pengaruh sikap bahasa dan motivasi belajar bahasa terhadap prestasi pada mata pelajaran bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris. Tesis Sarjana, Universitas Indonesia Depok.
6. Chew Fong Peng dan Abdul Jalil Othman. 2008. Bahasa Melayu Titian Ilmu. Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.
7. Chew Fong Peng. 2016. Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan Murid Cina Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 2016, 6(2), pp.10-22.
8. Jerie Anak Peter Langan. 2010. Sikap dan motivasi murid Iban dalam mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
9. Jerie anak Peter Langan dan Zamri Mahamod. 2011. Sikap dan Motivasi murid Iban dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 2011,1(1): 13-25.
10. Jumiya Ahmad. 2014. Masalah pembelajaran dan pengguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid Kensiu: Satu kajian kes. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Utara Malaysia.
11. Kamiliah Ayu Ab. Ghani. 2015. Strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan Melayu. Kertas Projek Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
12. Khairul Nizam Mohamed Zuki. 2017. Penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid berbangsa Bajau. International Journal of Humanities and Social Science Invention 2017, 6 (10), pp.1-11.
13. Magedeline anak Nor. 2014. Pengetahuan pedagogi kandungan guru Bahasa Iban sekolah menengah di negeri Sarawak. Tesis Dr. Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
14. Mohamad Yazid Mohamad, 2016. Kekerapan penggunaan strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah jenis kebangsaan Cina. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malasysia.
15. Noriah Mohamed. 1998. Sosiolinguistik Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
16. Nurul Ain Hamsari dan Azizi Yahaya. 2012. Peranan motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap dengan pencapaian akademik. Journal of Educational Psychology & Counseling 2012, Volume 5, pp. 30-57.
17. Roasharimah Ibrahim. 2017. Faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi penguasaan Bahasa Melayu murid-murid Cina. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
18. Siti Saniah Abu Bakar. 2013. Kekangan pelajar asing dalam menggunakan kemahiran bertutur Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 2013, 3 (1), pp.52-62.
19. Spolsky, B. 1990. Conditions for Second Language Learning. Hong Kong: Oxford University Press. The Free Dictionary. http://www.thefreedictionary.com/ (14 Mei 2021)
20. Zaliza Mohamad Nasir dan Zaitul Azma Zainon Hamzah. 2014. Sikap dan Motivasi Pelajar Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia Social and Behavioral Sciences 134 2014, pp. 408-415.
21. Zamri Mahamod. 2016. Sosiolinguistik dan pengajaran bahasa. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.