Analisis Kohesi Nahuan dalam novel Tamil ‘Aghal Vilakku’
List of Authors
  • Mariappan Kattaiyan , Paramasivam Muthusamy , Veeramohan Veeraputhran

Keyword
  • Kohesi Nahuan, novel Tamil, ‘Aghal Vilakku’, Teori Kohesi Halliday dan Hasan (1976), kaedah kualitatif

Abstract
  • Kohesi merupakan konsep semantik yang menunjukkan perkaitan makna yang wujud dalam teks. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kehadiran unsur Kohesi Nahuan dalam novel Tamil ‘Aghal Vilakku’. Jenis Kohesi Nahuan dan perbandingan jenis Kohesi nahuan tersebut turut dikaji dan rasional kehadiran unsur Kohesi tersebut dalam novel Tamil ‘Aghal Vilakku’ yang dikarang oleh Mu. Varatharasan (Mu.Va) turut dijelaskan. Novel ini merupakan salah satu komponen utama dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi subjek Kesusasteraan Tamil dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Maka, kajian ini membawa idea bagaimana teks novel ini ditenun dan teks ini mudah difahami oleh murid untuk membina idea dalam menjawab soalan esei dalam SPM. Dalam pada itu, teori Kohesi Halliday dan Hasan (1976) digunakan untuk menjawab objektif kajian ini. Teori Kohesi Halliday dan Hasan (1976) diperlihatkan melalui Kohesi Nahuan dan melalui beberapa kaedah seperti rujukan, penggantian, penghilangan dan penghubungan. Teori Kohesi ini digunakan untuk menganalisis data kajian, iaitu novel Tamil ‘Aghal Vilakku’ yang mempunyai 412 halaman yang dipecahkan kepada 27 bab. Kaedah kualitatif digunakan untuk menganalisis data melalui kaedah kepustakaan, pemilihan sampel kajian dan prosedur kajian. Data kajian dianalisis dengan setiap unsur Kohesi Nahuan yang dikenalpasti melalui pembacaan. Seterusnya, perbandingan antara unsur Kohesi Nahuan dibuat dan rasional kehadiran Kohesi diperjelaskan. Kajian ini diharapkan akan memberi manfaat kepada warga penulis novel Tamil, murid sekolah, universiti dan pengkaji masa hadapan dalam dunia analisis wacana. Ini kerana suatu teks yang utuh akan mempamerkan ciri Kohesi. Hasilnya, novel ‘Aghal Vilakku’ memperlihatkan kehadiran semua unsur Kohesi Nahuan dimana Kohesi Nahuan rujukan mendominasi novel ini dengan kekerapan kehadiran yang lebih banyak daripada kaedah-kaedah lain dalam Kohesi Nahuan. Ini menampakkan bahawa novel ini dikarang dengan aspek tatabahasa dimana aspek rujukan diberi keutamaan supaya idea penceritaan dalam novel ini dialirkan supaya mudah difahami oleh pelajar atau pembaca.

Reference
  • 1. Anang Sudigdo. (2015). Tinjauan Tekstual Dan Kontekstual Analisis Lirik Lagu Kala Cinta Menggoda Karya Guruh Soekarno Putra. Jurnal Sasindo. Universitas Sebelas Maret Surakarta. Vol. 3 No. 1
    2. Anand Kumar M, Dhanalakshmi V V Rekha R U and Soman K.P. (2010). A Novel Data Driven Algorithm for Tamil Morphological Generator. International Journal of Computer Applications (0975 – 8887). Tamil University Thanjavur, India. Volume 6– No.12.
    3. Annathurai Murugoiah dan Mohana Dass Ramasamy. (2020). Sejarah Perkembangan Novel Tamil Malaysia dlm Jurnal Pengajian India. Jabatan Pengajian India. Universiti Malaya.
    4. Asmah Haji Omar. (1980). ‘Analisis Wacana (Bahagian Pertama). Jurnal Dewan Bahasa 24(3):11-25.
    5. Asmah Haji Omar. (1980). ‘Pengajaran Bahasa untuk Kemahiran Berkomunikasi: pendekatan Wacana dlm Asmah Haji Omar (Eds.). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    6. Azis dan Juanda. (2017). Kohesi Gramatikal: Kajian Keutuhan Wacana Tugas Mahasiswa Pendidikan Bahasa Dan Sastra Indonesia, Fakultas Bahasa Dan Sastra, Universitas Negeri Makassar. Jurnal Bahasa Dan Seni, Tahun 45, Nomor 2.
    7. Djoko Sulaksono. (2016). Analisis Aspek Gramatikal Dan Leksikal Iklan Kecik Dalam Surat Kabar Solopos. Jurnal Pendidikan Bahasa Jawa, FKIP UNS.
    8. Edaham Ismail, Mohd Sukki Othman, Nik Farhan Mustafa, Muhd Zulkifli Ismail. (2016).Koheren dan Kohesi Dalam Kisah Ashab Al-A’Raf. Jurnal Kemanusiaan.Universiti Teknologi Malaysia.Vol.25, Issue 1.
    9. Edaham Ismail, Mohd Sukki Othman, Nik Farhan Mustapha Dan Muhd Zulkifli Ismail. (2017). Pendekatan Koheren Dan Kohesi Dalam Wacana Naratif Lima Rasul Menurut Surah Al-A`Raf. The Malaysian Journal Of Islamic Sciences.Universiti Putra Malaysia. Volume 19(Special Edition).
    10. Endang Wiyanti, (2016). Kajian Kohesi Gramatikal Substitusi Dan Elipsis Dalam Novel “Laskar Pelangi” Karya Andrea Hirata.Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastra, Volume 16.hlm.188-202
    11. Fairclough, N. (1992). ‘Discourse And Social Change’. London: Polity Press.
    12. Ganesan a/l Subramaniam, 2015. “Kohesi Nahuan dan Leksikal dalam Novel ‘Ilatchia Payanam’. Tesis Master. Universiti Putra Malaysia.
    13. Goziyah, Iin Inarotul Uyun dan Shella Fabiola. (2020). Aspek Gramatikal dan Leksikal pada Lirik Lagu Jangan Rubah Takdirku Karya Andmesh Kamelang. Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia, Vol. 6(2).
    14. Guru-Guru Kesusasteraan Tamil Sekolah Menengah (2020). ‘Modul Latihan Kesusasteraan Tamil SPM’. Tampin: Tampin Print Enterprise.
    15. Halliday, M.A.K. (1994). ‘An Indroduction To Functional Grammer (2nd ed.). Arnold: London.
    16. Halliday, M.A.K. (1962). ‘The Linguistic study of literary texts’, in H. Lunt (edu). Proceedings of the Ninth International Congress of Linguists, The Hague: 23:12, hal. 63-73.
    17. Halliday, M.A.K, & Hassan.R. (1976). Cohesion In English. London: Longman.
    18. Hasnah, Muhammad Darwis, Asriani. (2018).Pewujudan Kohesi Dan Koherensi Pada Jurnal Refleksi Guru Bahasa Indonesia Smp Di Kabupaten Maros. Jurnal Ilmu Budaya. Universitas Hasanuddin Makassar. Volume 6, Nomor 2.
    19. Idris Aman, 2010. Analisis Wacana. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    20. Intan Purnama Sari, Ririn Setyorini. (2018). Aspek Gramatikal Dan Leksikal Pada Lirik Lagu “Aku Cinta Allah” Group Band Wali. Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia. Universitas Peradaban. Volume 1, Nomor 2.
    21. Jiayu Wang, Yi Zhang. (2019). Lexical Cohesion in Research Articles. Jurnal Lingusitics and Literature Studies 7(1): 1-12
    22. Karunakaran, K. dan Supramani, S. (2009). Uraikovai- Panbum Payanum. ( Discourse- Form and Function), Coimbatore: Katarkutirai Pathipagam.
    23. Kristiana Sinambela, Trisna Simanjuntak & Sadieli Telaumbanua. (2019). Aspek Kohesi Gramatikal dan Leksikal pada Karangan Eksposisi Kelas X SMA Negeri 1 Laguboti Kabupaten Toba Samosir TA 2018/2019. Jurnal Bahasa Sastra dan Pembelajaran. UNIVERSITAS AHMAD DAHLAN. Vol. 1 No. 1. Hlm 09 – 17.
    24. Linda Dwi Rahmawati. (2017). Kohesi Dan Koherensi Wacana Pembaca Menulis Di Jawa Pos. Artikel Skripsi Universiti Nusantara PGRI Kediri.
    25. Mariappan a/l Kattaiyan, 2013. “Tetenunan Dalam Wacana Akademik: Analisis Teks Sains Sosial dan Teks Sains Tulen”. Tesis Sarjanamuda. Universiti Kebangsaan Malaysia.
    26. Megarajah, T. (2020). The Importance of the novel Uyirvaasam by Thaamaraichelvi in the History of the Australia’s Tamil Novels. In Journal of Tamil Peraaivu. Universiti Malaya.
    27. Mohammad Fadzeli Jaafar, Idris Aman dan Norsimah Mat Awal. (2015). Analisis Kohesi Wacana Sains Berdasarkan Teori Nahu Fungsian. Jurnal Bahasa. Universiti Kebangsaan Malaysia. Jilid 15 Bil. 1.
    28. Mohd Azidan Abdul Jabar & Ab. Halim Mohamad. (2017). Ketekstualan Wacana Arab Menerusi Kaedah Kohesi. Jurnal Al-Anwar, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT) Volume 1(3). Hlm 33-50
    29. Muhammad Amin, Syamsudin dan Sugit Zulianto. (2016). Kohesi dan Koherensi Dalam Artikel Ilmiah Populer Radar Sulteng.Universitas Tadulako.Volume 4. Nomor 3, Juli. Hlm 48-56.
    30. Normaliza Abd Rahim, 2019. Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
    31. Normasitah Binti Mat Hasan.2016. Kohesi Dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu Pelajar Di Sebuah Universiti Awam. Tesis Sarjana. Universiti Putra Malaysia.
    32. Norsyaqinah Sakala, Normaliza Abd Rahim and Hazlina Abdul Halim, (2019). Penggunaan Kohesi Di Dalam Skrip Cerita Pendek Iklan Hari Raya Aidilfitri Di YouTube. Infrastucture University Kuala Lumpur Research Journal Vol.7 No.2
    33. Nur Aisyah, (2019). Analisis Kohesi Dan Koherensi Wacana Pada Lembar Kerja Siswa Bahasa Indonesia Untuk sma/ma/smk/mak kelas xi. Jurnal Ilmu Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia. Vol.4 Nomor 3, hlm 151-160.
    34. Oktarina Puspita Wardani. (2019). Aspek Leksikal Dan Gramatikal Pada Lirik Lagu “Nyanyian Rindu” Ebiet G Ade. Jurnal Bahasa, Sastra Indonesia, dan Pengajarannya. Universitas Islam Sultan Agung. Volume 2. Nomor 2. (Hlm 286-293).
    35. Patchaibalan.Na, 2016. SPM Tamil Yilakkiyam Thervuk Kalanjiyam. Serdang: Firdaus Press Sdn.Bhd.
    36. Puspavalli.S, Umarani.V, Ilampuranan.K, Kartigesu.L dan Rajendram.P (2018). ‘Modul Kesusasteraan Tamil SPM’. Tampin: Tampin Print Enterprise.
    37. Rini Agustina. (2016). Aspek Leksikal Dan Gramatikal Pada Lirik Lagu Jika Karya Melly Goeslow. Jurnal Bahastra. Volume XXXVI. Nomor 1.
    38. Sababathy Venugopal. (2007). Novel-Novel Tamil Malaysia Selepas 1990-an, Kesusasteraan Tamil Malaysia 2007(pp.12-173). Kuala Lumpur: Malaysia Tamil Writers Association.
    39. Sababathy, V. (2018). Amuthasurabigal Naavalil Ulladakkam - Or Aaivu. Dlm Jurnal Pengajian India. Jabatan Pengajian India.Universiti Malaya.
    40. Sababathy, V. (2019). Tonnuurugalukkupin Malaysia Tamil Naavalgal. Dlm Jurnal Pengajian India. Jabatan Pengajian India.Universiti Malaya.
    41. Selvakumaran, S.(2021). Idealogy – In the Contemporary Sri Lankan Tamil Novels. International Research Journal of Tamil. Government Arts College, Paramakudi, Tamil Nadu, India. Vol. 3 Iss. 1. Page 1-12.
    42. Shanmugam, C. (2002). Karuthadal-(KaruvumUruvum). Chennai: Manivaasagar Pathippagam.
    43. Tamer Hamed Mohamed. (2014). Cohesion and Coherence Interrelation: An Approach to Literary Translation-Mahfouz's Trilogy. International Journal of Linguistics. Al Obour High Institutes. Vol. 6, No. 2.
    44. Tarigan, H. G. (1995). Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.
    45. Thanaletchime.P.(2013). Language in India:Poetical Discourse Analysis of Tamil song ‘Ovvuru Puukkalumee’,Vol. 13:7
    46. Thinesh Subramaniam. (2018).Tholkaappiyar’s Theory of Kalaviyal in The Novel ‘Mathu’. In Journal of Tamil Peraaivu. Indian Studies Department. Universiti Malaya.
    47. Van Dijk, T.A. (1972). Some Aspects of Text Grammars. The Hague: Mouton
    48. Varatharasan.Mu, (1970). ‘Aghal Vilakku’. Chennai: Paari Pathipagam.
    49. Widdowson, H. G. (Ed.)(2007),Discourse Analysis,London: Oxford University Press.
    50. Wisnu Widiatmoko. (2015). Analisis Kohesi dan Koherensi Wacana Berita Rubrik Nasional Di Majalah ONLINE Detik. Jurnal Bahasa dan Sastra Indonesia, Fakultas Bahasa dan Seni, Universitas Negeri Semarang, Indonesia,
    51. Yau Cheng Yan. (2015). Kohesi Nahuan Dalam Karangan Keperihalan Bahasa Cina Pelajar Tingkatan Empat. Tesis Sarjana Linguistik. Universiti Malaya.
    52. Zamri Salleh. (2009). Saranan Kohesi Rujukan.Pelita Bahasa, 21(6), 36-38.